Remaja diminta tampil jadi saksi kes pelacuran

MELAKA: Seorang wanita yang menjadi buruan polis sejak setahun lalu kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran di negeri ini ditahan dalam serbuan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, 10 Disember lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah berkata, wanita berusia 23 tahun itu diberkas jam 1 tengah hari di Ladang Sungai Kelemah, Gemas, Negeri Sembilan.

“Suspek sebelum ini ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Pantai Satu, Tengkera, 29 November tahun lalu kerana disyaki terbabit dalam aktiviti melacur seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun.

Remaja diminta tampil jadi saksi kes pelacuran, “Kami meminta remaja itu tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu kes ini yang siasatan di bawah Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

“Bagaimanapun, dia yang dibebaskan dengan jaminan polis menghilangkan diri sebelum ditahan semula 10 Disember lalu di ladang berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, sehubungan itu, pihaknya kini mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun beralamat terakhir di Jalan Pantai Satu, Tengkera.

Katanya, saksi anak kepada mendiang kekasih suspek berusia 38 tahun yang mati selepas terjun ketika cuba melarikan diri daripada polis.

Katanya, remaja itu yang turut berada di rumah bapanya di Jalan Pantai Satu ketika serbuan dilakukan tahun lalu itu kini menghilangkan diri.

“Kami meminta remaja itu tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu kes ini yang siasatan di bawah Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

“Malah remaja berkenaan juga perlu hadir menjadi saksi pada hari perbicaraan kes dijadualkan April 2013,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang diselamatkan polis hasil maklumat awam ditempatkan di sebuah pusat perlindungan wanita dan kanak-kanak di Kuala Lumpur dan masih menunggu perbicaraan kes.

Menurut sumber, dalam serbuan kali pertama di sebuah rumah teres di Jalan Pantai Satu jam 7 malam 29 November tahun lalu, seorang lelaki berusia 38 tahun yang juga kekasih suspek maut ketika cuba melarikan diri.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers