56 ‘ratu’ lawat Putrajaya

PUTRAJAYA: Tertarik dengan konsep ‘bandar dalam taman’ dibangunkan dengan keunikan tersendiri, 56 peserta Miss Tourism International (MTI) 2012 mengambil kesempatan mengunjungi pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini, semalam.

Mereka yang datang dari pelbagai negara antaranya Venezuela, Algeria, Mexico, Zambia, Indonesia dan Sepanyol dibawa melawat ke beberapa lokasi menarik seperti Taman Wetland Putrajaya, Pusat Interpretasi Semulajadi (NIC) dan meninjau keindahan panorama persekitaran dari atas Cruise Tasik.

56 ‘ratu’ lawat Putrajaya


Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat berkata, mereka adalah ratu mewakili negara masing-masing.

“Sebaik pulang nanti, sudah tentu mereka bercerita mengenai Putrajaya kepada rakan, ahli keluarga dan masyarakat di negara mereka. “Justeru, saya lihat kedatangan mereka akan mempromosi Putrajaya, sekali gus menarik minat pelancong supaya berkunjung di sini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program menanam pokok bersama peserta MTI terbabit.


Hadir sama, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen serta Presiden MTI, Datuk Danny Ooi. Semua peserta MTI terbabit diperkenalkan pada 31 Disember nanti di Hotel Sunway, Petaling Jaya pada satu majlis dijangka dihadiri Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers