KUALA LUMPUR: Negara Islam perlu memahami dengan baik kehendak golongan muda dengan cara mengambil tahu dan mengerti perubahan demografi dan teknologi yang menyelubungi dan menjejaskan kehidupan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, dunia Islam sedang mengalami ‘kebanjiran golongan muda’. Pada 2010, golongan di bawah umur 30 adalah kira-kira 60 peratus populasi di negara yang majoriti penduduknya Islam.
“Populasi lebih muda bermakna tenaga kerja lebih banyak. Pelaburan dan modal lebih besar diperlukan untuk memenuhi keperluan kapasiti ini. “Perubahan demografik yang besar boleh memberi impak kepada dasar fiskal untuk beberapa dekad, sepertimana dialami negara yang mencatatkan kadar kelahiran bayi tinggi. Daripada segi sosial, impak jangka pendeknya boleh menjadi lebih besar.
“Kebanjiran golongan belia telah memperkenalkan tenaga pendam kepada ekonomi dan masyarakat sesebuah negara. Jika dibiarkan, ia boleh menjadi tenaga penyahstabilan,” kata Najib dalam artikel beliau bertajuk ‘The Challenge of Muslim Youth’ (Cabaran Belia Islam) yang diterbitkan dalam New York Times/International Herald Tribune, kelmarin.
Najib berkata, perubahan besar sedang berlaku di Timur Tengah dan Afrika Utara.
“Masih terlalu awal untuk memuktamadkan puncanya, tetapi saya percaya faktornya adalah serupa. Golongan muda dalam masyarakat Islam berdepan masalah kekurangan peluang,” katanya.
Beliau berkata, kebangkitan negara Arab diterajui golongan muda dipacu teknologi dan disemarakkan keinginan terhadap perubahan politik. - Bernama

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.