KUALA LUMPUR: Mengharungi kesesakan lalu lintas pada waktu puncak ketika pergi dan pulang kerja serta kos sara hidup yang tinggi menyebabkan orang ramai mencari pelbagai alternatif, termasuk menggunakan perkhidmatan awam.
Apa tidaknya, kesesakan jalan raya menyebabkan orang ramai terpaksa menanggung kos petrol tinggi ditambah perbelanjaan makan minum seharian kadangkala mencecah ratusan ringgit sehari.
Bukan setakat itu, bagi mereka yang tinggal jauh dari tempat kerja dan berkeluarga serta menghantar anak ke pusat asuhan, kos perbelanjaan ada kalanya melebihi pendapatan bulanan sehingga menyebabkan ada yang terpaksa berhutang.
Kakitangan swasta, Mohd Fadhil Abdullah, 32, berkata, pendapatan tidak seberapa diperoleh kadangkala menyebabkannya terpaksa menggunakan LRT menghantar anaknya ke tadika.
Katanya, dengan membawa anak serta barangan yang banyak bersama isteri bukan perkara mudah, namun dia bersyukur kerana perkhidmatan awam yang disediakan itu memudahkannya berulang alik dari tempat kerja ke rumah.
Razali yang tinggal di Shah Alam berkata, sebelum ini dia menggunakan kenderaan sendiri untuk menghantar isteri serta anaknya sebelum pergi ke tempat kerjanya, namun tidak tahan dengan kos yang terpaksa ditanggung.
Menurutnya, dia memilih meletakkan kenderaannya di stesen LRT berdekatan Petaling Jaya dan menggunakan perkhidmatan itu untuk menghantar anaknya ke rumah pengasuh yang juga terletak di Jalan Ampang.
“Kami naik LRT bertiga sebelum isteri turun di Stesen Chow Kit dan saya meneruskan perjalanan ke tempat kerja. Dulu kos saya sehari mungkin menelan belanja RM50 untuk duit minyak kerana Lebuhraya Persekutuan sangat sesak.
“Lepas menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, kos menurun kepada RM20 sehari dan ini jelas amat menjimatkan sayaSelepas turun di stesen berdekatan Ampang, saya akan mengambil teksi ke rumah pengasuh dan tambang teksi tidak mahal kerana menggunakan meter.
“Teksi yang menggunakan meter tiada masalah kerana tambang tidak terlalu mahal, tapi kadangkala ada di antara pemandu teksi yang hendak untung lebih tidak mahu menggunakan meter. Ini yang menyebabkan masalah kepada pengguna,” katanya.
Bagi Mohd Zulhelmi Ramli, 26, kos hidup di Kuala Lumpur yang terlalu tinggi menyebabkan orang ramai beralih kepada penggunaan pengangkutan awam dan seharusnya kerajaan memikirkan langkah lebih sesuai bagi meringankan beban orang ramai.
Katanya, walaupun perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini boleh dikatakan baik, namun perlu ada langkah bagi menambah baik perkhidmatan itu agar tidak berlaku kesesakan di stesen pengangkutan awam.
Menurutnya, tidak mustahil kos pengangkutan awam akan naik selepas ini disebabkan orang ramai memilih menggunakan perkhidmatan berkenaan dan perkara itu yang amat merisaukan sebilangan warga kota yang berpendapatan rendah.

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.