Inovasi pertanian tingkat pengeluaran

KUALA LUMPUR: Bidang pertanian negara perlu menjadi sebahagian daripada rangkaian bekalan makanan global kerana ia bukan saja mampu meningkatkan pendapatan petani tetapi menarik golongan muda menceburi sektor itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kalau dulu konsep tanam, tinggal dan tuai diamalkan, kini di zaman moden bidang itu perlu melangkah lebih jauh iaitu menjadi sebahagian daripada pembekal di peringkat antarabangsa.

“Saya yakin dan percaya inovasi mampu meningkatkan tahap pengeluaran dan produktiviti ke tahap lebih optimum.

Inovasi pertanian tingkat pengeluaran, KUALA LUMPUR: Bidang pertanian negara perlu menjadi sebahagian daripada rangkaian bekalan makanan global kerana ia bukan saja mampu meningkatkan pendapatan petani tetapi menarik golongan muda menceburi sektor itu.

“Pembukaan tanah terbatas namun aplikasi teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D), inovasi serta amalam pertanian terbaik boleh digunakan untuk meningkatkan daya pengeluaran,” katanya pada Majlis Makan Malam Tahunan dan perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di sini, malam tadi.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut menyaksikan acara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Kerjasama Pengurusan Latihan dan Amali antara Nafas dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta menyampaikan anugerah perdana kepada anak ahli peladang yang cemerlang dalam pelajaran.

Perdana Menteri berkata, menerusi pelancaran Pusat Transformasi Kawasan Luar Bandar di Gopeng, Perak, Wakaf Che Yeh, Kelantan dan Melaka, ia menyediakan kawasan penempatan serta pemasaran bidang pertanian sekitar tempat itu.

“Saya harap ia dapat dihubungkan dengan Pusat Transformasi Bandar kerana kuasa membeli penduduk bandar lebih tinggi sekali gus meningkatkan pendapatan petani.

“Saya mahu melihat jika seorang petani mampu mengeluarkan hasil RM10, dia mesti mendapat antara RM3 hingga RM4 keuntungan bukan 50 sen atau RM1.

“Kalau ini menjadi kenyataan, sudah tentu pengeluaran sektor pertanian meningkat sebab ia menawarkan pendapatan lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata, jika sektor pertanian mampu meningkatkan kualiti hidup dan memberi pendapatan tinggi tentu ia boleh menarik penyertaan generasi muda.

“Dengan penyertaan sektor pertanian sebagai sebahagian daripada rangkaian antarabangsa, kesinambungan di kalangan generasi muda dalam bidang ini mampu diketengahkan,”katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers