Ashraf berdepan dengan pelbagai soalan sepanjang sidang media berjalan, semalam. Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO |
Ashraf: 'Berilah ruang kepada Dayana, Sakinah'
PELAKON, Ashraf Muslim menarik perhatian umum dengan berita perkahwinan keduanya dengan Wan Sakinah Ahmad Shaburi, dua minggu lalu.
Sejak berita perkahwinan mereka diketahui umum, Asyraf memilih untuk mendiamkan diri.
Namun, semalam, Asyraf membuat keputusan untuk berdepan dengan media dan menjelaskan kedudukan sebenar dan menjawab semua pertanyaan yang diajukan.
Ashraf hadir ke sidang media itu seorang diri tanpa ditemani mana-mana isterinya.
Ketika ditanya, Ashraf akui masih belum bersedia membawa kedua-dua isterinya Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah pada sidang media khas yang berlangsung, petang semalam.
"Saya tak nak mereka berada di sini (sidang media). Saya kata, biar saya cakap dulu.
"Nanti apabila saya dah sedia untuk menampilkan kedua-duanya barulah saya ceritakan. Bolehlah nak cerita apa yang nak dicerita," katanya kepada pemberita.
Ketika sidang media sedang berlangsung, Ashraf memberitahu kedua-dua isterinya sedang keluar bersama-sama.
"Sekarang (mereka) sedang keluar sama-sama.
"Mereka ada (keluar) sebelum ini. Biar mereka berbincang ke apa ke, ikut merekalah. 'Women talk'. Biarlah," katanya.
Akui penerimaan Dayana terhadap Sakinah masih belum 100 peratus, namun mereka dalam proses menerima antara satu sama lain.
"Dalam proses. Kita tak boleh nak cakap 100 peratus sebab ini perempuan. Kita sebagai seorang lelaki kena faham perempuan.
"Ini memanglah, dalam peringkat permulaan memang cakap tak sukalah apalah tapi ini tugas saya.
"Saya sebagai ketua keluarga kena jagalah semua sekali. Dari sudut isteri-isteri saya, keluarga mertua, keluarga saya semua," katanya.
Apabila soal zuriat dibangkitkan, Ashraf menafikan itu punca dirinya berkahwin kali kedua.
"Ini (berkahwin lagi) bukan sebab zuriat atau keluarga. Bukan.
"Apabila kita ada rasa perasaan itu, kalau kita elak-elak macam mana pun, nanti ia akan...saya takut saya akan buat benda yang tak baik. Baik kita kahwinlah," katanya yang ada merancang untuk membawa kedua-dua isterinya menunaikan umrah.
Ashraf juga akui belum membawa Sakinah bertemu keluarga Dayana sejak pernikahan mereka.
"Belum lagi. Sabar dulu. Panas lagi, kena sabar dulu. Saya kena pergi keluarga sana, terangkan dan pujuk orang sana.
"Pergi sini, pujuk orang sini. Banyak kerja sikitlah apabila berpoligami, katanya.
Ketika ditanya sama ada ada peminat yang marah berhubung kontroversi ini, Ashraf berkata, kebanyakan peminatnya mengucapkan tahniah.
"Tak ada. Semua cakap tahniah. Saya cakap sikit-sikit saja. Kalau boleh tak nak...biar beritahu beginilah (sidang media).
"Penatlah nak cakap seorang demi seorang," ujarnya lagi.
Sementara itu, ketika mengulas lanjut mengenai masa depan karier isteri keduanya, Ashraf tidak akan mengizinkan Sakinah berlakon.
Namun katanya, pertimbangan akan diberikan sekiranya isterinya itu mahu kembali atau mengacara.
"Kalau pengacara itu tak tahu lagi. Kena bincang dengan dia. Tapi untuk berlakon itu, tak lah," ujarnya yang turut membuat perancangan untuk membawa kedua-dua isterinya menunaikan umrah.
hope semuanya baik-baik sahaja untuk ashraf...
ReplyDeletehttp://www.zahidahwahid.com/2013/07/wordless-wednesday-81/
insyaallah semoga dorang bahagia.
DeleteDah jodoh... semoga adil kepada kedua duanya insyaa allah
ReplyDeleteinsyallah berani buat berani lah dia tanggung.
DeleteAssalammualaikum....is,
ReplyDeletekita semua doakan dia dapat menghadapi semua dugaan ini
mselim3
Waalaikumussalam, insyaallah dorang dapat kebahagiaan sebab ini adalah kurniaan Allah Taala dan bukan bala dugaan Allah Taala. patut bersyukur dapat rezeki yang melimpah ruah macam nie.
Deleteapa2 pun ashraf perlu mengadap sendiri tohmahan2 ini...sebab selama ini peminat ramai konfius...walaupun dia ada alasan tersendiri..
ReplyDeletebak kata orang berani buat berani tanggung...
insyaallah tapi bunda is rasa Ashraf lambat reply gossip tu semua kan sebab 1st night lah, isk isk isk ramai kan yang tak faham? kan dia pengantin baru mana leh kuar bilik heheheee. Apa pun is sokong Ashraf nie sebab dia telah buktikan yang dia khalifah.
Deletesinggah sni n click white 1..:)
ReplyDeleteterima kasih. :) ;)
Deletekita doakan yang terbaik untuk mereka.. jodoh itukan rahsia Allah.. setiap hari kita tidak terlepas dari ujian Allah.. pasti ada hikmah di atas apa yang terjadi..
ReplyDeletep.s:mengisi save22&ikea untuk is.. :D
Insyaallah Aiza Ashraf, Dayana dan Sakinah akan bahagia, bak kata orang lama-lama, rezeki jangan di tolak, musuh jangan dicari. Setiap yang terjadi ada hikmah nya, ada sebabnya, perubahan baka dan kelahiran umat baru. Terima kasih Aiza.
Deleteharap mereka berdua dapat menerima antara satu sama lain
ReplyDeleteis..ila shopping Ikea sini =)
insyaallah, mudah-mudahan dorang boleh bersatu. terima kasih Ila.
DeleteHmm.
ReplyDeleteMungkin ada hikmahnya.
InsyaAllah.
Isi tabung sini.
insyaallah semuanya yang terjadi memang termaktub di papan mahfuz. terima kasih.
DeleteSebenarnya saya cukup simpati pada Dayana. Huhu tapi nak buat macam mana. Kalau suami dia dah berjodoh dengan orang lain, kena terima la nak tak nak pun.
ReplyDeleteInsyaallah Aida, sebenarnya makan Dayana sedang naik itu aja. Bukan semua orang senang-senang dapat anugerah daripada Allah Taala macam nie. Semoga Ashraf akan beralih kepada ketaqwaan daripada bidang hiburan selepas ini.
DeleteNak cakap banyak pun tak boleh kan.. situasi sebenar hanya mereka saja yang tahu.. tapi sejujurnya kalau aida jadi dayana tu sedih jugak sebab suami tak beritahu apa2 pun tup2 dah kawen diseberang.. apa salahnya slow talk dulu. Moga mereka bertiga bahagia until Jannah :) kalau dah jodoh apa pun tak dapat nak elak.. hehe.
ReplyDeleteinsyaallah rumah tangga dorang biar dorang yang selesaikan. is hanya harap Ashraf tumpu pada perubatan tradisional daripada dunia artis nie.
Deletejogging malam sambil klik mastercard :)
ReplyDeleteterima kasih kenit. penat tak jogging?
DeleteDunia artis apa sahaja akan jadi perhatian orang...doakan kebahagiaan mereka, kalau kita org biasa ni kawen 2 orang memang orang tak kisah pun agaknya hehehe...aduii Adhie ni nak carik sorang pun payah jangankan 2 orang hehehe.... singgah sini Is...
ReplyDeletenak klik iklan..iklan pulak tak keluar tu...*hentak-hentak kaki, tinggal jejak jerlah sini*
isk isk isk eh takkan Adhie masih single? ahak kita geng kekeke tapi syukur lah walaupun satu je isteri, senang nak tumpu tanggungjawab. kalau threesome, agak besar tanggungjawabnya. tambahan 4some perrghh pecah kepala ana.
Deleteisi tabung kat sini
ReplyDeletepostingan yg sangat menarik dan aku menyukai disini
ReplyDeleteterima kasih sudah share
terima kasih sobat
Deletesemoga mereka berbahagia hendaknya..
ReplyDeletemudah-mudahan, insyaallah.
DeleteSalam...is selamat berpuasa n raye ye..maaf zahir n batin...kikikiik...sry lama tk memblogkan diri...lan sibuk ngan urusan kahwin...tahun nie lan beraye ngan isteri wat tahun yg pertama...kikikikikik...nie lan dtg isi tabung kfc tuk is tau...kikikikiki
ReplyDeletewassalam sorry my friends is tak kelebek komen kat sini habis habisan, nanti lan komen kat blog lagi satu lah iskandar[dot]com tu. Alhamdulillah kawin lagi penting separuh kekuatan Islam tu Lan.
DeleteAssalamualaikum, singgah dan follow. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
ReplyDeletewaalaikumusalam, terima kasih Selamat Hari raya aidilfitri.
Delete