Paparan Mesej Lucah Dalam Oh My English, Astro Mohon Maaf
Stesen penyiaran Astro memohon maaf atas kecuaian pihaknya sehingga mesej Twitter berunsur lucah terlepas untuk tontonan umum dalam rancangan Oh My English musim ketiga (OME) pada Ahad yang lalu.
Jurucakap Astro berkata, akaun Twitter peminat telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan bagi mencemarkan stesen televisyen berkenaan.
Kami ada memuat-naik gambar hasil kiriman orang ramai di laman Facebook Oh! Tidak dan menerima maklumbalas baik daripada pihak Oh My English (Astro).
Hai Oh! Tidak, kami sangat berterima kasih kepada anda kerana menarik perhatian kami mengenai kecuaian paparan tweet di kaca TV semasa siaran Oh My English. Kami ingin memohon maaf dengan seikhlas hati atas kecuaian yang tidak disengajakan dari pihak kami dan tindakan telah pun diambil bagi memastikan perkara tersebut tidak akan berulang lagi. Kami juga berharap agar Oh Tidak! akan terus memberikan sokongan padu terhadap Oh My English dan Astro secara keseluruhannya. Terima kasih.
Menurut pihak Astro lagi, setiap hari mereka menerima puluhan ribu mesej di Twitter dan keterlepasan mesej berbaur lucah berkenaan kepada umum adalah tidak disengajakan.
Dalam kejadian Ahad lalu, seorang individu telah mengirimkan mesej menerusi Twitter untuk sairan Oh My English musim ketiga berbau lucah yang ditujukan kepada Jibam, salah satu watak lakonan Akhmal Rizal.
Sementara itu Astro berkata, berikutan kejadian itu pihaknya akan mengawal dengan lebih ketat penyiaran mesej Twitter pada masa akan datang. Astro juga turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan penggodam yang mungkin cuba mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu perkara buruk.
“Kepada semua peminat, kami ingin menasihati mereka supaya menjaga akaun Twitter masing-masing dengan selamat,” katanya.
Oh My English musim ketiga disiarkan menerusi TVIQ pada setiap hari Ahad pukul 9 malam dan diulang siar beberapa kali menerusi saluran itu.
iskandarX: perrghh memang siot tul kalau betul account twitter kena hack kan? seb baik is ada banyak backup hehehe.
aduyai..ada jugak org yg xder moral canggitu...huhuhu..kesian Astro..kesian Jibam
ReplyDeletetu la pasal dah takder keje la tuw.
Deleteerk... tak agak2.. xde maruah org yg tweet tu...
ReplyDeletedia dah bosan dok kat rumah la tu nak masuk hotel besi pulak.
Delete