Lepas Menang di ABPBH 2013, Jihan Mahukan Watak Serius

Lepas Menang di ABPBH 2013, Jihan Mahukan Watak Serius

Lepas Menang di ABPBH 2013, Jihan Mahukan Watak Serius


KUALA LUMPUR, 26 MEI 2014: Pelawak Jihan Musa yakin pelawak wanita mampu bersaing secara sihat di dalam industri perfileman mahupun drama.

Meskipun lebih dikenali sebagai pelawak, hakikatnya Jihan yakin dirinya mampu membawa watak lain di dalam sebuah karya lakonan.

“Saya akui pelawak seperti saya dianggap sukar oleh segelintir produser untuk membawa watak yang serius, akan tetapi sekiranya diberi peluang saya boleh buktikan yang saya mampu lakukan,” ujar Jihan yang merupakan Naib Juara Raja Lawak musim ke-3.

Dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) yang berlangsung Sabtu lalu, Jihan telah merangkul gelaran Artis Komedi Wanita Popular dan berjaya menumpaskan nama-nama besar lain seperti Didie Alias, Noorkhiriah dan Sharifah Shahirah.

“Sesungguhnya saya tidak menyangka membawa pulang trofi ini, saingan amat hebat dan selepas ini tanggungjawab saya semakin besar untuk para peminat," jelasnya.

Jihan juga amat berterima kasih kepada peminat yang mengundinya dan tidak mensasarkan apa-apa anugerah selepas ini dan hanya berserah kepada rezeki yang diberikan oleh-Nya.

“Dengan anugerah ini juga, ia merupakan hasil kerja keras saya selama ini dan  saya menganggap pelapis pelawak wanita seperti saya masih ada kekurangan dan perlu diperbaiki.

Selain itu, Jihan Musa dikatakan akan turut serta dalam Maharaja Lawak akan datang dan akan melakukan yang terbaik.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers