Anugerah Bintang Paling Popular Kembali Menjadi Milik Aaron Aziz

Anugerah Bintang Paling Popular Kembali Menjadi Milik Aaron Aziz

Anugerah Bintang Paling Popular Kembali Menjadi Milik Aaron Aziz


PUTRAJAYA, 25 MEI 2014: Dengan jumlah undian sebanyak 76,742, gelaran Bintang Paling Popular Berita Harian 2013 kembali menjadi milik aktor Aaron Aziz pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013) yang berlangsung malam tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Ini adalah kemenangan kedua Aaron di mana dia pernah memenangi gelaran yang sama dua tahun lalu.

Kemenangan itu sekali gus mengenepikan ramalan awal pelbagai pihak yang sebelum ini menjangkakan ianya bakal dimenangi pelawak Zizan Razak. Malah Aaron turut memenangi anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular pada malam tersebut.

Malam kemuncak ABPBH2013 ini juga menjadi malam yang penuh gemilang buat pelakon wanita jelita, Siti Saleha apabila dia tanpa disangka merangkul dua anugerah utama iaitu Pelakon Filem Wanita Popular dan Pelakon TV Wanita Popular.

Selain itu, tuah juga memihak kepada barisan pelawak kelahiran program Raja Lawak iaitu Jihan Muse dan Jep Sepahtu apabila masing-masing memenangi anugerah Artis Komedi Wanita Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular. Manakala Johan pula memenangi anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular. Achey dari kumpulan Bocey turut menyerlah dengan gelaran Artis Baru Lelaki Popular.

Barisan bintang kelahiran Akademi Fantasia pula turut menyinar demi Akim dan Stacy memenangi Artis Duo/Berkumpulan Popular di mana Stacy sendiri turut memenangi Penyanyi Wanita Popular. Kategori Penyanyi Lelaki Popular pula dimenngi Hafiz Suip.

Hos program Maharaja Lawak, Dato` AC Mizal muncul pemenang bagi anugerah Pengacara TV Lelaki Popular yang mana kategori wanitanya pula dimenangi hos MeleTOP, Neelofa.

Malam kemuncak ABPBH2013 turut memberi penghargaan kepada Dato` Rahim Razali dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di atas sumbangannya terhadap industry penyiaran.

ABPBH2013 tampil dengan tema Magis Alam dan membariskan Amy Mastura, Fara Fauzana dan kumpulan Shiro sebagai hos. Penganjuran tahun ini juga berbeza seperti tahun-tahun sudah di mana ianya lebih menerapkan nilai-nilai kemanusiaan selain beberapa segmen khas demi mengenang tragedi kehilangan pesawat MH370.

Majlis sepatutnya berlangsung pada 6 April lalu tetapi ia ditunda untuk menghormati tragedi tersebut. Antara artis yang tampil membuat persembahan ialah Mawi, Dato` AC Mizal, Zainal Abidin, Hyper Act, Tegar, Dayang Nurfaezah, dan Liza Hanim.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers