“Tunggulah Balasan Daripada Allah” – Suami Izreen Azminda

“Tunggulah Balasan Daripada Allah” – Suami Izreen Azminda

“Tunggulah Balasan Daripada Allah” – Suami Izreen Azminda


Biarpun pelakon Izreen Azminda sendiri memberi kenyataan bahawa antaranya dengan suami sudah tiada ikatan dan pasrah kerana jodoh tidak berpanjangan, namun lain pula bagi pihak suaminya Muhammad Riza.

Riza menafikan sekeras-kerasnya berita penceraian mereka yang tersebar luas di media, tetapi mengaku sudah tidak tinggal sebumbung. Menurut Riza, dia tidak tahu bagaimana berita itu boleh tersebar sedangkan tiada sebarang pergaduhan yang berlaku seperti yang didakwa oleh pihak media.

“Tidak ada lafaz cerai berlaku di set lokasi seperti yang dihebohkan sebelum ini. Siapa yang buat mulut itu, tunggulah balasan daripada Allah. Saya tak faham macam mana mereka boleh cakap kami bergaduh. Biasalah mulut orang bebas untuk cakap apapun, saya tak kisah tapi mereka kena tahu perbuatan mereka itu akan dibalas Allah, itu saja yang saya boleh cakap,” tutur Riza sambil memberitahu enggan memberikan sebarang komen lagi.

“Saya rasa tak payahlah temubual saya lagi. Saya malas nak layan isu remeh temeh ini, minta maaf sangat-sangat. Saya berpisah secara baik dengan Izreen dan saya harap semua menghormati privasi kami. Saya pasti Izreen juga akan memberi kenyataan dalam masa terdekat ini,” pinta jurukamera bebas ini lagi.

“Tunggulah Balasan Daripada Allah” – Suami Izreen Azminda


Tambah Riza lagi, biarpun sudah memfailkan penceraian di Mahkamah pada 14 Mei yang lalu, Riza tidak mahu mengulas lebih lanjut bilakah saat rumahtangganya mula goyah dan lebih selesa mengunci mulut.

“Apabila masalah rumahtangga kami bermula, tanyalah Izreen. Saya bukan tak nak komen, tapi saya rasa lebih baik orang tanya dia saja. Apapun, saya harap orang di luar sana bagilah ruang kepada dia untuk tenang terlebih dulu. Saya pasti dia juga tertekan dengan apa yang berlaku dan saya kesian apabila orang asyik tanya dia saja.

“Apa yang boleh saya katakan, punca sebenar rumahtangga kami retak tak ada apa sangat pun, cuma adalah masalah yang tak dapat kami beritahu di sini,” ujar Riza sambil memberitahu anak mereka, Adrian Umar yang kini berusia 10 bulan dijaga secara bergilir-gilir oleh mereka.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers