D'masiv |
D'masiv lancar lagu sempena Ramadan
Keasyikan lagu dan kelunakan suara vokalisnya nyata berjaya memikat selera peminat sehingga ke hari ini.
Terbaru, D'masiv yang dianggotai lima ahli iaitu Rian (vokalis), Dwiki (gitaris), Rama (gitaris), Rai (bass) dan Wahyu (drum) sempat menyiapkan sebuah lagu bertajuk Saat Terindah yang dicipta khas sempena menyambut Ramadan tahun ini.
Menurut Rian yang merupakan vokalis yang juga pencipta lagu ini, Saat Terindah adalah merupakan lagu kelima yang dilancarkan khas pada Ramadan setiap tahun.
"Sudah lima tahun berturut-turut kami lancarkan lagu baru pada Ramadan.
"Saat Terindah saya cipta sebenarnya bukanlah dikhususkan untuk lagu ketuhanan tapi ia lebih menceritakan tentang rasa bersyukur dan gembira kerana sentiasa di dampingi oleh sahabat-sahabat terbaik yang sentiasa berada di samping kita di saat suka atau duka," jelasnya pada sesi temu ramah menerusi Skype di pejabat Warner Music Malaysia, kelmarin.
Tambahnya lagi, muzik video Saat Terindah sudah pun boleh di tonton menerusi laman Youtube dan sehingga kini sambutan yang diterima agak baik.
"Alhamdulillah, setakat ini respons yang kami terima daripada peminat di Indonesia amat baik sekali.
"Kami berharap, peminat di Malaysia turut terhibur dengan lagu ini," katanya.
Angkat kisah peribadi
Bertanyakan mengenai inspirasi lagu ini, Rian memberitahu, Saat Terindah dicipta berdasarkan daripada kisah peribadinya sendiri bersama ahli kumpulan yang lain.
"Saya dapat inspirasi untuk cipta lagu ini ketika saya sedang bertafakur di sebuah masjid selama 10 hari. Pada saat itulah saya dapat inspirasi untuk mencipta lagu ini.
"Boleh dikatakan lagu ini saya cipta berdasarkan kisah peribadi saya sendiri. Tanpa tuhan dan sahabat, sebenarnya saya bukanlah sesiapa," katanya.
Dalam perkembangan lain, D'masiv baru sahaja melancarkan album konsert Java Jazz 2013 dan kini sibuk menjalani rakaman untuk album terbaru mereka yang dijangka akan siap pada akhir tahun ini.
sekejap je bulan ramadhan dah nak habis....
ReplyDeleteselamat hari raya is...sori selalu lambat baru dapat singgah ke sini....
a'aa kan terasa ssayang pulak nak lepas Ramadhan nie. Ok je is takder hal janji Hatimi datang kira dah ok. tapi raya belum lagi lerr hehehehe.
Delete