Siti Nurhaliza sempat menyampaikan sebuah lagu pada majlis berbuka puasa Universal. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO |
BUAT julung kalinya, Universal Music Malaysia (Universal) meraikan artis naungannya bersama media dalam satu majlis berbuka puasa terbesar dalam sejarah mereka.
Antara hidangan yang disediakan. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO |
Majlis yang dinamakan Iftar bersama Artis Universal itu dihadiri 250 orang yang terdiri daripada artis, media dan penaja.
Album Saujana berjudul Aku Cinta Allah turut dilancarkan pada majlis itu. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO |
Menurut wakil Universal yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Rumpun Records, Mujahid Abdul Wahab, majlis tersebut diadakan bagi mengeratkan silaturahim antara artis mereka dengan media.
“Tujuan majlis ini diadakan untuk mengeratkan hubungan antara artis sesama artis dan juga antara artis dengan media.
“Insya-ALLAH majlis ini kita akan adakan setiap tahun. Ini bukan yang pertama kali tapi ini yang paling besar dalam sejarah Universal sepanjang 20 tahun ini,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui.
Turut hadir, Datuk Siti Nurhaliza, 6ixth Sense, Pretty Ugly, Betty Benafe, Harris Alif dan Nash Lefthanded .
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.