`Yang Hit, Yang Meletop` Jadi Tema Anugerah Meletop Era

`Yang Hit, Yang Meletop` Jadi Tema Anugerah Meletop Era

`Yang Hit, Yang Meletop` Jadi Tema Anugerah Meletop Era

Mendengarkan temanya sahaja, kita sudah tahu Anugerah MeleTOP ERA (AME) bakal tampil dengan kelainan dan kemeriahan luar biasa!

AME yang bakal berlangsung pada 8 Februari 2014 ini, akan dibarisi barisan penghibur serta penyampai terpilih dan pastinya nama-nama tersebut terdiri daripada mereka yang ‘MeleTOP’.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, pihak jawatankuasa AME telah meneliti beberapa nama untuk memeriahkan lagi malam anugerah yang penuh gilang gemilang itu nanti.

“Kami telah meneliti beberapa nama yang tidak kurang hebatnya di dalam industri untuk dijadikan barisan penyampai anugerah dan membuat persembahan istimewa pada malam AME nanti.

“Apa yang boleh kami janjikan, kepuasan dan persembahan istimewa dengan penuh kelainan akan dibawakan khas untuk penonton-penonton semua,” katanya pada majlis sidang media pengumuman calon Top 5 Anugerah MeleTOP ERA pada Khamis di Zouk, Kuala Lumpur.

Senarai calon Top 5 untuk 14 buah kategori telah disenarai pendek berdasarkan undian oleh orang ramai daripada fasa pertama yang dibuka sejak 19 Disember 2013 hingga 10 Januari lalu, iaitu Lagu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP, Grup/DUO MeleTOP, Program Radio MeleTOP, Program Radio MeleTOP, Penyampai Baru Radio MeleTOP, Filem MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, Program TV MeleTOP, Bintang TV MeleTOP, Bintang Siber MeleTOP, Couple MeleTOP, Artis Baru MeleTOP, Fesyen MeleTOP dan Artis Serantau MeleTOP.

Pada majlis itu juga, beliau turut mengumumkan senarai penuh Top 5 bagi 14 buah kategori AME dan memperkenalkan kategori baru iaitu, Anugerah WeChat MeleTOP.

“Anugerah WeChat MeleTOP diperkenalkan untuk memberi kepuasan kepada para pengundi. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah undian teritnggi menerusi aplikasi WeChat yang diterima selebriti tercalon.

“Pemenang Anugerah WeChat MeleTOP akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM15,000, sementara pemenang bagi kategori lain pula bakal menerima wang tunai RM5,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro,” katanya.

Selain 14 buah kategori dan Anugerah WeChat MeleTOP, dua buah lagi kategori lain yang turut dipertandingkan ialah Top Top MeleTOP (Lelaki) dan Top Top MeleTOP (Wanita) dan pemenangnya akan dipilih berdasarkan selebriti yang menerima jumlah undian tertinggi di kalangan calon Top 5.

Kepada anda yang ingin mengundi, talian undian bagi fasa kedua bagi menentukan pemenang akhir telahpun dibuka bermula 16 Januari, dan akan ditutup pada 8 Februari , jam 6 petang.

Anda boleh menghantar undian melalui tiga cara iaitu secara online menerusi laman sosial rasmi, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ataupun melalui aplikasi WeChat.

Anugerah MeleTOP ERA akan berlangsung dengan penuh meriah pada 8 Februari 2014 dan boleh ditonton secara ekslusif di Astro Ria (saluran 104) dan dan siaran serentak di Maya HD (saluran 135), Astro Hitz (saluran 705) serta menerusi aplikasi Astro On-The-Go dan Laman YouTube Astro Gempak.

Cara mengundi dan maklumat lanjut boleh didapati di www.meletop.com.my atau www.facebook.com/mymeletop


Comments

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers