Mlm 2013: Wala Tersingkir, Sepahtu Menang Kereta

Mlm 2013: Wala Tersingkir, Sepahtu Menang Kereta

Mlm 2013: Wala Tersingkir, Sepahtu Menang Kereta

Selepas sembilan minggu bertahan, akhirnya kumpulan Wala terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) malam tadi apabila mereka diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.

Penyingkiran kumpulan Wala ini bagaimanapun sudah dijangka kerana kegagalan mereka untuk menyerlah dalam tempoh tiga minggu lalu dipentas MLM 2013. Penyingkiran bekas juara Raja Lawak 7 ini diumumkan oleh salah seorang juri tetap iaitu Luna Maya malam tadi.

Sementara itu, nasib yang berbeza pula menimpa kumpulan `favourite` Sepahtu apabila mereka mendapat undian tertinggi malam tadi dan membolehkan mereka memenangi sebuah kereta Produa Alza model terbaru.

Kejayaan Sepahtu itu bertambah manis apabila salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Rahim telah dipilih sebagai `Man of The Match` untuk malam tadi. Kejayaan Sepahtu itu membuktikan mereka masih mempunyai pengaruh yang besar dan berpeluang cerah untuk melangkah ke peringkat akhir MLM 2013.

MLM 2013 minggu kesembilan kali ini telah berlangsung dari perkarangan pusat membeli belah, 1 Utama, Petaling Jaya. Sambutan yang diterima amat hebat apabila ribuan penonton telah membanjiri pusat membeli belah itu sejak lewat petang lagi.

Dengan penyingkiran Wala ini, tinggal tujuh lagi peserta yang akan terus berentap merebut slot ke peringkat akhir. Mereka ialah Sepahtu, Shiro, Jambu, SYJ, Comei, Bocey dan satu-satunya peserta solo, Nabil.

Dato` AC Mizal terus tampil sebagai hos program lawak ini dan barisan juri seperti biasa terdiri daripada Luna Maya, Datuk Yusof Haslam, Sheikh Haikel dan Nora Danish.

Rancangan ini turut disiarkan di Astro Warna (131) dan Astro Mustika HD (134).

Juara Maharaja Lawak Mega 2013 akan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000.

Teruskan mengundi peserta kegemaran anda dan jangan lupa menyaksikan persaingan MLM 2013 minggu kesepuluh pada minggu hadapan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers