Hujanan 1000 Butir Peluru Kemaskan Balistik
Imbasan Awal
Mengisahkan Saga, seorang pembunuh upahan dan geng mafia. Risiko menjadi gangster telah menyebabkan Salina dan anak mereka meninggalkannya. Selepas enam tahun, Saga cuba kembali kepada Salina namun Salina kini telah bergelar isteri kepada Inspektor Nizam iaitu kawan baik Saga sewaktu mereka di rumah anak yatim. Antara kawan baik dan tanggungjawab kepada negara, Inspektor Nizam harus membuat keputusan samaada menangkap Saga sementara Saga pula diarahkan oleh ketuanya untuk membunuh mana-mana polis yang cuba mengagalkan rancangan mereka.
Ulasan Penulis
Apa yang dapat dirumuskan secara kasarnya mengenai Balistik, filem ini cuba untuk memenuhi selera penonton tempatan yang kini rata-rata memilih genre berbentuk komedi,gengterisme atau gabungan keduanya sebagai kayu pengukur atau kunci untuk menarik mereka datang ke panggung. Balistik mungkin mudah untuk ditonton sebagai hiburan biasa tetapi jika cuba untuk memahami jalan cerita sebenar dan segala pertikaian yang hadir akibat penyembunyian identiti sebenar watak utama, terdapat banyak sambungan yang terputus-putus dan susah untuk mencari perkaitan yang cuba disampaikan kerana kekurangan petunjuk yang jelas.
Selain itu, twist di penghujung yang merupakan turning point paling besar untuk Balistik harus ditampilkan bersama petunjuk yang akan membuatkan penonton yang memberikan tumpuan akan terasa bahawa bakal adanya twist dek kerana petunjuk-petunjuk. Twist yang dibuat di dalam Balistik dilihat seperti mahu memberikan jalan penyelesaian bagi kekusutan yang sengaja diadakan untuk menampilkan kelainan dalam filem ini.
Judul filem ini yang juga membawa maksud kelajuan peluru menyaksikan adegan tembak-menembak yang tiada henti. Ia mungkin halal menjadi dominan filem kerana tajuknya sedemikian namun adegan tembakan yang terlalu panjang dirasakan lebih membosankan berbanding adegan yang sama namun lebih pendek. Secara tidak langsung ia boleh mewujudkan elemen suspen kerana ia tidak dijangka dan penonton pasti mendapatkan sensasi yang cuba disampaikan pelakon.
Tidak dinafikan Balistik padat dengan aksi yang pelbagai dan cuba untuk berada di kelompok filem yang menggunakan formula yang sama dan berjaya mendapat sambutan. Tambahan pula, filem ini gabungan produksi milik pelakon dan pengarah, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Kelvin Tan ini melalui RK Screen Sdn Bhd ini menggunakan sepenuhnya bajet besarnya bagi memantapkan adegan aksi terutama lagak ngeri.
Bagi mereka yang inginkan filem aksi baru dimana senjata api menjadi subjek utama Balistik dan sekaligus memberikan sedikit sebanyak pengetahuan malah mesej kasih sayang serta kekeluargaan juga lebih dekat dengan komuniti dan masyarakat tempatan. Sarat dengan aksi, Balistik jelas digarap dengan persoalan yang diwujudkan dan penyelesaian yang cuba diketengahkan mempunyai mesej yang tersendiri.
Sinopsis
Balistik mengisahkan perjalanan hidup Saga lakonan Rosyam Nor yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Saga juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar).
Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama.
Enam tahun kemudian, Saga sudah pun membina hidupnya dengan aktif dalam dunia gangsterism bersama temannya, Jack (Jack Lim). Rykarl dibesarkan oleh Saga tanpa kasih sayang seorang ibu. Anak kesayangannya yang sudah pun bersekolah tadika itu sangat rapat dengan gurunya, Zira. Keakraban ini akhirnya mewujudkan rasa sayang Zira kepada Saga, ayah Rykarl.
Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Nizam lakonan Ady Putra yang merupakan rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil.
Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh rakan baiknya, Nizam.
Balistik bukan saja membariskan pelakon terkenal dengan lakonan yang hebat, malah filem ini turut mempamerkan sebuah plot cerita, aksi dan kemelut dunia gangsterism yang penuh drama dan air mata.
Tarikh Tayangan 9 Januari 2014
Genre Drama, Aksi
Studio RK Screen & ATF
Pelakon Rosyam Nor, Rita Rudaini, Jack Lim, Ady Putra, Raykarl
Pengarah Silver Yee
Penulis Skrip Rosyam Nor & Silver Yee
Penerbit RK Screen & ATF
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.