DAP angkuh

PORT DICKSON: Sasaran DAP untuk menambah bilangan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, dilihat sebagai angkuh untuk menguasai lebih banyak kerusi dan pengaruh di kalangan komponen Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Beliau berkata, sekiranya perkara itu berlaku, DAP bukan saja memperluaskan pengaruh, malah menjadi satu-satunya kepala dalam pakatan pembangkang.

DAP angkuh

“Kami tidak pasti sama ada mereka (pakatan pembangkang) bersedia berkompromi kerusi yang sedia terbahagi sejak PRU terdahulu. “Ini berikutan, keputusan pemilihan semua lapan pemimpin DAP Melayu yang kalah pada kongres (Kongres ke-16 DAP) itu sebagai keputusan tidak baik kepada masyarakat,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Perdana Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 2/2012 di Pusat Latihan Tentera Darat Port Dickson (Pusasda), di sini, semalam.

Dalam ucapan dasar bertajuk ‘Perubahan Di Tangan Mu’ pada kongres ke-16 DAP di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang kelmarin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilaporkan berkata, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diharap dapat mengiktiraf semangat dan kesetiaan yang ditunjukkan DAP dengan membenarkan parti itu bertanding lebih banyak kerusi.

Lim mahu tambahan 13 kerusi bagi parti itu iaitu tiga bagi kawasan Parlimen dan 10 bagi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-13, kononnya atas dasar semangat setia kawan dan tulus kepada sekutunya Pas dan PKR.


Mengulas kenyataan Guan Eng itu, Muhyiddin berkata, hasil daripada keputusan pemilihan yang dilihat, kelmarin, sekiranya penambahan bilangan kerusi berlaku ia mungkin keputusan tidak baik kepada masyarakat kerana DAP akan memperluaskan pengaruh yang cauvinis.


“Keputusan pemilihan menunjukkan ia tidak memberi penilaian kepada sumbangan masyarakat Melayu,” katanya. Turut hadir pada majlis itu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Kelmarin, Kongres Kebangsaan ke-16 DAP di Pulau Pinang menyaksikan semua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan anggota jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) disingkir apabila kalah. Keputusan itu sekali gus membuktikan parti itu tidak memberi laluan kepada mana-mana calon Melayu termasuk Zairil Khir Johari yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Guan Eng.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers