Polis bantu bawa pulang jenazah

PUTRAJAYA: Ahli keluarga Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, yang disahkan ditembak mati polis Filipina di Davao, selatan negara itu Jumaat lalu, meminta bantuan kerajaan Malaysia untuk membawa jenazahnya pulang ke negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) berkata, justeru, beliau mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya segera menguruskan penghantaran pulang jenazahnya untuk dikebumikan.

Polis bantu bawa pulang jenazah, Ahli keluarga Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, yang disahkan ditembak mati polis Filipina di Davao


“Malah, ahli keluarga dan beberapa pegawai kita akan ke Davao untuk menguruskan penghantaran jenazah dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam. Menurutnya, lelaki berasal dari Melaka itu dikesan memasuki selatan Filipina pada April lalu dan dipercayai mempelajari cara membuat bom ketika berada di negara berkenaan.

Pada hari kejadian pada jam 10.30 malam waktu Filipina (8.40 malam waktu Malaysia), Mohd Noor Fikrie bersama isterinya, warga Filipina, Annabel Nieva Lee dikatakan mendaftar keluar dari sebuah hotel di Davao apabila dihampiri polis.


Lelaki terbabit yang dipercayai ke bandar itu bagi meletupkan bom diperbuat menggunakan mortar 60mm dikatakan bergelut dengan polis ketika mahu memeriksa beg sandang dibawa isterinya. Sementara itu, Hishammuddin berkata, kerajaan memandang serius setiap kegiatan subversif dan ancaman yang ditimbulkan kumpulan militan dan pengganas kerana ia terbukti menggugat keselamatan dan ketenteraman negara.

“Dalam hal ini kita sentiasa bekerjasama erat dengan pihak keselamatan dari negara luar bagi memastikan keselamatan negara dan rantau ini terus terjamin dan terpelihara,” katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers