Memang berbaloi!

SHAH ALAM: Ini kali ketiga saya menyertai Gempak Santai Harian Metro sepanjang tahun ini,” kata Nabila Farhana Abdul Aziz, 21, antara pemegang tiket percuma yang ditemui di Program Gempak Santai Harian Metro (HM) di WaterWorld@i-City, Shah Alam, semalam.

Menurut Nabila, sebelum ini dia sudah ke Gempak Santai HM di Taman Tema Bukit Gambang Resort City (BGRC), Kuantan, Jun lalu dan Melaka Wonderland Theme Park & Resort, September lalu.

Menurutnya, setiap kali HM menganjurkan program Gempak Santai, dia dan rakannya tidak ketinggalan menyertainya kerana teruja dengan pelbagai aktiviti serta acara sepanjang program itu.

Nabila dari Kuala Lumpur berkata, dia datang ke Balai Berita The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Jalan Riong, Bangsar, 8 Disember lalu untuk menukar lebih 40 kepala akhbar HM bagi mendapatkan tiket percuma WaterWorld@i-City.

Memang berbaloi!


“Walaupun beratur panjang untuk menebus tiket, saya tidak menyesal dan tidak teragak-agak menyertainya lagi tahun depan.


“Diharap HM terus menganjurkan program Gempak Santai ini kerana ia menjadi program terbaik masyarakat beristirehat sambil bersantai bersama keluarga dan rakan,” katanya.

Sebanyak 20,000 tiket percuma kepada pembaca yang menebusnya dengan kepala akhbar Harian Metro untuk masuk ke WaterWorld@i-City pada Sabtu dan semalam.


Seorang lagi pengunjung, Siti Maisarah Ahmad, 25, berkata, dia bersama suami sanggup menempuh perjalanan lebih empat jam dari Gua Musang, Kelantan untuk ke Shah Alam bagi menyertai Gempak Santai HM di WaterWorld@i-City.

“Saya dan suami tidak mahu melepaskan peluang menyertai Gempak Santai HM kali ini walaupun menempuh perjalanan lebih 300 kilometer. Ia berbaloi dengan pelbagai aktiviti dan permainan di taman tema ini.


“Ini kali pertama saya menyertai program ini dan jika HM terus menganjurkan Gempak Santai tahun depan, kami pasti menyertainya,” katanya.


Maisarah berkata, program Gempak Santai HM amat bermakna kepada mereka yang berkeluarga kerana selain beriadah di taman tema air, pengunjung juga dapat merasai suasana meriah di tapak acara dengan pelbagai gerai serta aktiviti.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers