Suspek ada hubungan dengan pakar bom JI

KUALA LUMPUR: Jenazah Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, rakyat Malaysia yang ditembak mati polis di Davao City, Filipina, Jumaat lalu kerana dipercayai cuba mengebom sebuah hotel di negara berkenaan, dijangka dibawa pulang ke tanah air minggu ini.

Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Pengganas) Bukit Aman, Datuk Seri Fuzi Md Harun berkata, pihaknya sudah menghantar pasukan bagi menguruskan proses membawa pulang jenazah secepat mungkin untuk urusan pengebumian.

“Kita akan menguruskan proses membawa pulang jenazah dan ia dijangka mengambil masa sehari dua lagi kerana perlu melalui pelbagai proses termasuk bedah siasat serta urusan dokumentasi yang dijalankan pihak berkuasa Filipina.

Suspek ada hubungan dengan pakar bom JI


“Ahli keluarga Mohd Noor Fikrie juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini, malah saya difahamkan mereka turut meminta jenazah dibawa ke kampung ibu bapanya di Pontian, Johor untuk pengebumian” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, setakat ini siasatan berhubung pembabitan Mohd Noor Fikrie dengan kumpulan militan mendapati suspek mempunyai hubungan dengan pakar bom kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI), Zulkifli Hir @ Marwan, 40, yang amat dikehendaki pihak berkuasa Filipina dan Amerika Syarikat (AS).

Katanya, hasil maklumat risikan mendapati kedua-duanya dilaporkan pernah bertemu di beberapa lokasi di Selatan Filipina dipercayai untuk merancang siri serangan bom di wilayah berkenaan.


“Polis tidak menolak kemungkinan Zulkifli mempunyai kaitan dalam cubaan serangan bom Jumaat lalu dan dengan perkembangan ini, kita percaya dia yang berasal dari Muar, Johor, masih hidup walaupun dilaporkan terbunuh dalam operasi besar-besaran memerangi pengganas di Selatan Filipina pada 1 Februari lalu,” katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers