Capai sasaran

SHAH ALAM: Taman tema WaterWorld@i-City di sini, yang menutup tirai Program Gempak Santai Harian Metro (HM) tahun ini, mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 10,000 orang mengujunginya semalam, iaitu hari terakhir penganjuran.

Eksekutif Kanan Penjenamaan Harian Metro, Zurani Abdullah berkata, pengunjung beratur sejak jam 7 pagi untuk memasuki taman tema.

“Sambutan orang ramai terhadap program ini sangat menggalakkan memandangkan 20,000 tiket yang ditawarkan habis dan program ini mencapai sasarannya,” katanya.

Zurani berkata, pengunjung lebih ramai datang semalam, berbanding kelmarin (Sabtu).

Capai sasaran


Menurutnya, banyak acara sepanjang program itu mendapat sambutan menggalakkan, seperti Karnival Autoshow Gempak Santai HM yang ditutup lebih awal daripada jadual kerana penyertaan diterima daripada pemilik kereta terlalu ramai.


“Gusti lengan pula menarik lebih 100 peserta,” katanya yang menganggap Gempak Santai HM di WaterWorld@i-City paling ramai pengunjung sejak ia dianjurkan pada 2008.

Menurut Zurani, berikutan sambutan menggalakkan ini, HM merancang menganjurkan program ini pada masa akan datang dengan acara lebih menarik.


Sementara itu, Pengurus Perkhidmatan Korporat i-City, Tan Soke Cheng berkata, jumlah pengunjung ke WaterWorld@i-City meningkat 30 peratus sepanjang Gempak Santai berlangsung.

“Program ini secara tidak langsung memperkenalkan WaterWorld@i-City kepada orang ramai sejak ia dirasmikan sebulan lalu,” katanya.


Tan mengucapkan terima kasih kepada Harian Metro kerana memilih taman tema itu sebagai lokasi Gempak Santai dan pihaknya bersedia bekerjasama dengan HM pada masa depan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers