Tidak berasas

KUALA LUMPUR: “Wajib bagi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan Umno,” tegas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika ditanya mengenai amanat kontroversi Pas itu yang membawa kepada perpecahan umat Islam sejak 1985.

Tegas beliau lagi, bukan sesuatu yang mudah bagi umat Islam mengkafirkan sesama sendiri, malah kenyataan melulu itu dibuat tanpa asas kukuh.

“Perbuatan mengkafirkan sesama Islam yang dibuat itu tanpa asas kerana selagi umat Islam itu mengucap syahadah, mendirikan solat dan membayar zakat, maka ia tidak boleh dituduh sedemikian rupa,” katanya kepada media selepas pertemuan antara panel Penerbitan Dakwah Islamiah Malaysia (Pedim) dengan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, di sini, semalam.

Tidak berasas, “Wajib bagi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan Umno,” tegas Mufti Perak


Turut hadir Pengerusi Pedim yang juga bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahya Hussin; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh; Mufti Sarawak, Kipli Yassin dan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman. Amanat Haji Hadi yang dihebohkan pada 1985 meningkatkan ketegangan dalam masyarakat Islam yang antara lain mengkafirkan umat Islam yang tidak menyokong Pas.

Ia petikan ucapan Abdul Hadi pada 7 April 1981 di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu sebelum disebarkan ke seluruh negara oleh penyokong Pas yang taksub sehingga mencetuskan fenomena sembahyang dua imam, tidak sah makan sembelihan orang Umno dan sebagainya. Sementara itu, Wan Zahidi yang menyokong kenyataan Harussani berkata, apa yang menjadi kebimbangan bukan Umno menjadi kafir kerana tuduhan itu tidak benar.

Sebaliknya, kata beliau, apa yang dibimbangi ialah tuduhan itu kembali kepada individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

Katanya, ini bukan ajaran Islam, sebaliknya perbuatan bidaah yang amat membahayakan akidah dan bercanggah dengan syariat Islam.

Mat Jahya pula berkata, Allah dan Nabi Muhammad s.a.w tidak mengajar hamba serta umat Islam bercakap yang sia-sia.

Katanya, umat Islam diajar melalui al-Quran dan hadis supaya bercakap yang baik.

“Kita dilarang mengata sesama manusia dan mencari salah orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan berkata, Pedim menerbitkan buku-buku berkaitan isu seperti Ahli Sunnah Wal Jamaah, bahaya pluralisme dan liberalisme.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers