Pengangkutan awam makin selesa

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar pengguna pengangkutan awam menganggap kemudahan yang disediakan kerajaan itu semakin baik dan selesa.

Kakitangan kerajaan, Muhammad Khairul Azad Yunus, 28, berkata, dia menggunakan komuter setiap hari untuk ke tempat kerja dan berasakan ia kaedah pengangkutan terbaik kerana menjimatkan masa dan kos.

“Saya yang sudah enam tahun menggunakan komuter untuk ke mana-mana destinasi mendapati banyak perubahan dilakukan pihak berkaitan bagi memastikan pengguna selesa. Malah bagi menjaga kepentingan wanita, koc wanita turut disediakan.

Pengangkutan awam makin selesa


“Jika dilihat keadaan ekonomi sekarang, perkhidmatan komuter dan LRT (transit aliran ringan) adalah pilihan terbaik orang ramai yang mahu menjimatkan kos. Kita juga tidak perlu risau kerana pengangkutan awam ini sentiasa menepati masa,” katanya.


Katanya, keprihatinan kerajaan meningkatkan sistem pengangkutan awam amat baik kerana bukan saja memudahkan rakyat, malah mengurangkan kesesakan di ibu negara.


“Cuma pihak berkaitan perlu melakukan lebih promosi bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam, tambahan pula pelbagai usaha sudah dilakukan pihak kerajaan untuk meningkatkan mutu kemudahan yang disediakan itu.

“Lagipun orang ramai boleh memilih pelbagai pengangkutan awam yang ada antaranya bas, LRT, komuter serta monorel,” katanya.


Kakitangan swasta, Rusli Hashim, 35, berkata bagi meningkatkan jumlah orang awam yang menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja, tempat letak kereta mencukupi perlu disediakan kerana buat masa ini, ramai yang berasak-asak mendapatkan ruang parkir di sekitar stesen LRT serta komuter.

“Kalau boleh biarlah tempat letak kereta yang disediakan percuma, sekiranya berbayar mungkin menjadi penghalang untuk orang ramai menggunakan pengangkutan awam itu kerana kita semua tahu kos hidup di bandar tinggi dan bukan semua orang mampu,” katanya.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers