Pas, PKR juga mahu tambah calon

KUALA LUMPUR: “DAP berasakan partinya bertambah sokongan daripada rakyat kerana itu mereka minta kerusi tambahan,” kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifudin Nasution yang mengulas hasrat parti sekutu dalam pakatan pembangkang itu yang mahukan tambahan 13 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata, begitu juga Pas dan PKR yang tidak ketinggalan mahu menambah bilangan calon masing-masing pada pilihan raya akan datang kerana yakin memperoleh tambahan pengundi.

Pas, PKR juga mahu tambah calon

Bagaimanapun, jelasnya, keputusan mengenai pembahagian kerusi itu akan ditentukan mesyuarat pucuk pimpinan pakatan pembangkang dalam usaha merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional.

“Mungkin kerusi yang sebelum ini calon PKR tewas akan diserah kepada DAP, tetapi pembahagian tidak akan libatkan kerusi yang dimenangi pada PRU 2008,” katanya kepada Harian Metro di sini semalam.


Kelmarin Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa menyampaikan ucapan dasar bertajuk ‘Perubahan Di Tangan Mu’ pada kongres ke-16 parti itu di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) mahu mereka diberi tambahan tiga kerusi Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (Dun) pada PRU-13.


Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, apa juga permintaan parti dalam pakatan pembangkang akan dibincangkan dalam mesyuarat berkaitan pembahagian kerusi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers