Pos Malaysia tawar hadiah RM230,000

KUALA LUMPUR: Dalam usaha meningkatkan jumlah perkhidmatan runcit dan kewangan di kaunter perkhidmatannya, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menganjurkan peraduan Senang Menang@POS diadakan dari 17 Disember ini hingga 24 Februari 2013 di semua 704 cawangan seluruh negara.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulannya, Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, peraduan berkenaan dianjurkan bagi menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan di kaunternya untuk pembelian barang pos, pembayaran bil, urusan transaksi kewangan dan pembaharuan cukai jalan serta lesen memandu.


Pos Malaysia tawar hadiah RM230,000


“Sejumlah RM230,000 perlu direbut pelanggan yang berurusan di kaunter di mana RM13,000 akan dimenangi setiap minggu sepanjang tempoh peraduan dan hadiah utama ditawarkan sebuah Proton Preve 1.6AT.

“Orang ramai hanya perlu lakukan transaksi di kaunter Pos Malaysia atau Pos Bergerak dan jawab cari kata yang diberikan selain lengkapkan ayat secara kreatif,” katanya ditemui selepas pelancaran peraduan itu, di sini.

Selain itu, pelanggan perlu mendapatkan cap pengesahan dan menampal setem 30 sen di borang penyertaan yang boleh didapati di seluruh cawangan Pos Malaysia.

Shukrie berkata, tiada had dikenakan kepada jumlah penyertaan yang dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia serta penduduk atau pekerja asing yang mempunyai pasport sah.

“Pos Malaysia sasarkan sebanyak 20 peratus peningkatan dalam servis di kaunter melalui pertandingan ini di samping mempromosi 300 jenis perkhidmatan, produk serta pemindahan ditawarkan di cawangan kami untuk kemudahan dan keselesaan pelanggan,” katanya.

Menurutnya, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.pos.com.my atau hubungi PosLine di talian 1-300-300-300 untuk pertanyaan dan maklumat lanjut syarat pertandingan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers