PERMAISURI: Cubaan tiga lelaki menyamar sebagai pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bagi memeras ugut peniaga membawa padah apabila ditahan polis dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Taman Kancil Jaya, di sini, pada Jumaat lalu.
Ketiga-tiga suspek termasuk dua bersaudara berusia antara 22 hingga 47 tahun ditahan di tepi jalan Kampung Bukit Grebar, Guntong, di sini, kira-kira jam 7.45 malam.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamad, berkata, kejadian membabitkan peniaga wanita berusia 42 tahun yang sedang menjalankan perniagaannya sebelum didatangi suspek berusia 41 tahun kira-kira jam 6 petang.
Katanya, suspek yang tidak bekerja itu bertanya kepada peniaga terbabit sama ada dia ada menjual rokok gudang garam atau sebaliknya sebelum wanita itu memaklumkan ada menjual rokok berkenaan.
“Pada masa sama, seorang lagi suspek berusia 47 tahun memperkenalkan diri sebagai pegawai risik KDRM dan menunjukkan kad tertera lambang KDRM kepada peniaga terbabit.
“Ketika itu, suspek yang bekerja sebagai peniaga di Kuala Terengganu memberi pilihan kepada mangsa sama ada mahu disiasat untuk tindakan lanjut atau ‘membayar duit kopi’ kepada mereka.
“Namun, peniaga terbabit yang curiga dengan permintaan suspek memberi alasan mahu menelefon suaminya kerana tidak mempunyai wang dan menggunakan peluang itu menghubungi polis.
“Selepas beberapa lama menunggu, suspek yang mengesyaki sesuatu mengambil keputusan meninggalkan kedai itu dengan menaiki kereta yang menunggu di luar kedai,” katanya.
Menurut Ab Rahman, ketiga-tiga suspek ditahan mengikut Seksyen 170, Kanun Keseksaan dan sudah dihadapkan di Mahkamah Majistret Setiu, hari ini (semalam).

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.