Komponen BN perlu jujur capai wawasan

SANDAKAN: Kerajaan tidak mengharapkan kemenangan semata-mata ketika Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang, tetapi juga mahu memastikan hala tuju, semangat dan masa depan negara terus utuh dalam usaha mencapai Wawasan 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, bagi mencapai matlamat itu, setiap parti komponen perlu bersikap jujur tidak kira sama ada ia parti (komponen) kecil atau besar dalam Barisan Nasional (BN).

“BN boleh diibaratkan seperti sebuah keluarga yang mempunyai 13 anak (parti komponen) yang perlu dilayan secara sama rata.

“Bila ada 13 anak, bukan mudah untuk menguruskan segala-galanya demi memberi kepuasan kepada semua,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung ke-23 Parti Liberal Demokratik (LDP), di sini, semalam.

Komponen BN perlu jujur capai wawasan


Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal; Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.


Najib berkata, sekiranya beliau menjadi ‘bapa’ sudah pasti sukar baginya untuk memastikan 13 anak itu berpuas hati.

“Sikap tolak ansur dan faham memahami perlu bagi membolehkan setiap ahli keluarga hidup dalam keadaan bahagia.


“Kita perlu yakin dan percaya BN adalah pilihan terbaik rakyat dan tiada masa lagi untuk bertelagah (sesama sendiri),” katanya.

Menurut Najib, dengan baki masa yang ada kini kerajaan perlu memastikan segala urusan sudah diselesaikan.


“Ibarat pasukan bola sepak, jika salah seorang pemain kena red card (kad merah), satu pasukan akan kalah seperti berlaku baru-baru ini,” katanya.


“Yang lemah perlu dibantu dan sekiranya tidak yang kuat (parti komponen) juga akan tetap kalah,” katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers