Kucing Parsi kesayangan jadi santapan ular sawa

KUCHING: Seorang lelaki terkejut apabila kucing Parsi miliknya yang disangkakan hilang ditemui menjadi habuan ular sawa sepanjang enam meter di dapur rumahnya di Jalan Astana, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, lelaki berusia 47 tahun terbabit pelik kerana tidak melihat kelibat kucing kesayangannya seperti kebiasaannya bermain dengan penghuni rumah di ruang tamu pada waktu petang.

Kucing Parsi kesayangan jadi santapan ular sawa


Katanya, pelik kerana kucing berkenaan tidak muncul walaupun dipanggil beberapa kali, dia mencarinya di sekeliling rumah dan apabila menjengah di dapur dia terkejut apabila melihat seekor ular sawa membelit sebelum menelan kucing itu.

“Saya menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mendapatkan bantuan menangkap ular berkenaan,” katanya.


Katanya, akibat kekenyangan kira-kira 20 minit kemudian, ular sawa berkenaan memuntahkan semula bangkai kucing itu sebelum cuba beredar.


“Namun ia berjaya ditangkap anggota JPAM untuk dirujuk ke Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) bagi tindakan lanjut,” katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers