PUTRAJAYA: Perbincangan mengenai pengecualian bayaran tambahan kepada pelancong asing yang membawa basikal sedang dilakukan bersama pihak Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia dalam usaha mempromosi pakej pelancongan berbasikal di negara ini, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Menurutnya, inisiatif itu sebagai tarikan kepada pelancong asing supaya memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan berbasikal. “Misalnya Garuda Airlines mengkategorikan basikal sebagai peralatan sukan, sekali gus tiada bayaran tambahan dikenakan kepada pelancong yang membawa alatan sukan itu.
“Kementerian Pelancongan sedang berbincang bersama MAS dan AirAsia supaya syarikat terbabit boleh mempertimbangkan polisi yang sama,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran 30 Pakej Berbasikal Cuti-Cuti 1Malaysia Putrajaya di sini, semalam. Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan dengan kira-kira 3,700 peserta termasuk 80 peserta dari Indonesia.
Dr Ng berkata, aktiviti pelancongan berasaskan basikal mendapat perhatian beberapa negara serantau seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Hong Kong dan Taiwan. “Kita menyasarkan Hong Kong kerana negara itu mempunyai tanah terhad untuk melakukan aktiviti berbasikal, Singapura pula kerana jarak negara itu dekat dengan Malaysia, manakala Indonesia kerana rakyatnya minat dengan sukan berkenaan,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, aktiviti pelancongan secara berbasikal semakin mendapat tempat di negara ini dan pelbagai pakej pelancongan turut ditawarkan hampir di setiap negeri. “Putrajaya misalnya destinasi berbasikal menarik kerana keadaan laluan tidak sibuk pada hujung minggu dan waktu malam memudahkan pelancong melakukan aktiviti berkenaan.
“Malah, Putrajaya mempunyai trek berbasikal terbaik, sembilan jambatan serta taman awam yang menjadikan lokasi ini berjaya menarik penggemar sukan berbasikal,” katanya.

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.