Negara perlu usahawan pertanian

PUTRAJAYA: Kadar import bahan dan produk makanan dari luar negara boleh dikurangkan sehingga ke tahap 10 peratus sekiranya lebih ramai golongan muda digilap dan diberi latihan untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian, kata Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Menurutnya, ketika ini kadar import negara dianggarkan mencecah lebih RM30 bilion dan jumlah itu semakin meningkat, sekali gus memerlukan lebih ramai usahawan dalam industri pengeluaran makanan dalam negara. “Kita kekurangan banyak benda, misalnya ternakan ikan di daratan kerana apabila lautan bergelora, harga ikan boleh jadi meningkat memandangkan ikan dipelihara di daratan tidak banyak.

Negara perlu usahawan pertanian


“Malah, kita juga kekurangan sayuran dan buahan. Misalnya, pisang kadangkala diserang penyakit, sekali gus kurangnya jualan buahan itu di pasaran tempatan,” katanya pada sidang media sempena perasmian Konvensyen Jaminan Bekalan Makanan Negara, semalam.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers