Rumah Almy Nadia terbakar

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Rumah Almy Nadia, Terbakar


WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Jun 2013

RUMAH pelakon, Almy Nadia di kampung terbakar dalam satu kejadian minggu lalu dan ibunya, Roshida Hashim, 45 pula dikhabarkan patah tulang rusuk kanan akibat jatuh dari bilik air.

Ibu Almy dikatakan sudah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dipetik dari Mstar, Almy memberitahu dia tidak dibenarkan pulang ke kampung oleh syarikat produksi kerana masih lagi terikat dengan penggambaran drama.

“Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya sekarang, fikiran saya hanya mengingatkan kampung halaman dan ibu yang sedang sakit.

"Saya memang minta cuti untuk balik sekejap sejak rumah saya terbakar minggu lalu tapi sehingga sekarang saya tidak dibenarkan cuti dengan alasan akan mengganggu jadual artis lain," katanya.

16 Jun lalu, rumah keluarganya di Kampung Pondok Upih, Balik Pulau, Pulau Pinang terbakar pada bahagian bilik tingkat bawah akibat letupan kecil daripada sebuah radio lama.

Bagaimanapun, tiada ahli keluarganya yang tercedera dalam kejadian tersebut.

Manakala pada malam Rabu lalu, ibunya, pula mengalami patah tulang rusuk kanan selepas terjatuh di bilik air.

"Belum sempat saya balik menjenguk keluarga, saya diberitahu ibu pula jatuh bilik air, bayangkan bagaimana perasaan saya ketika ini," jelasnya.

iskandarX: hmmm naper la Nadia pindah ke Pondok Upih? Kampung is tak best ker? Rasanya peminat Nadia lagi ramai kat sini.

Comments

  1. Replies
    1. bukan Nadia is cakap tu yang rumah mak dier tu naper gi pindah

      Delete
  2. takziah diucapkan kepada beliau.. semoga beliau tabah menghadapi ujian dari Allah swt..
    aiza singgah sambil menabung save22 untuk is.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama lah kita ucapkan takziah pada Nadia. Insyaallah. Terima kasih Aiza.

      Delete
  3. apa lagi boleh buat.. sudah suratan takdir... takdir penentu segala.. bukan kebetulan tapi dah memang tersurat... terima lah dengan hati terbuat.. tak gitu IS?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang begitu lah apa yang dah terjadi, is tak pegi tengok lagi pun rumah mak Nadia tu. tengok hari isnin is pegi ushar2 kat sana naa?

      Delete
  4. Dugaan kann..sian kat almy dan family.. apa2 pun is...ila klik Dutch Lady satu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lah hikmah disebalik sesuatu kejadian tu, insyaallah, terima kasih ila.

      Delete
  5. assalam,
    ibarat dah jatuh ditimpa tangga..lepas satu, satu...dahlah nak balik tak dapat, tambah lagi berita mak cedera pulak...dapat bayangkan macam mane perasaan almy kan..
    salam takziah utk keluarga almy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam bunda, ujian Allah Taala untuk tabahkan hati hambaNYA.

      Delete
  6. semoga beliau tabah dengan ujian ini. Kenit datang jogging sambil klik mmu edu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers