Siapa juara Raja Lawak 7?

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Siapa, Juara, Raja Lawak 7


AKMALIAH RAZAK
28 Jun 2013

SELAMA 11 minggu bersiaran, akhirnya rancangan realiti, Raja Lawak 7, bakal melabuhkan tirainya.

Hari ini, empat kumpulan iaitu, Gamat, Bora, Sakan dan Wala akan berentap meraih gelaran juara musim ketujuh ini.

Bertepatan dengan slogan musim ini, Takkan Lawak Hilang Di Dunia, pentas akhir Raja Lawak 7 akan membawakan tema Bebas dan Komedi Muzikal dan turut menampilkan persembahan pelawak terkenal bersama peserta.

Raja Lawak 7 juga masih mengekalkan format terdahulu di mana sistem pemarkahan peserta ditentukan sepenuhnya kepada undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Sebelum ini, setiap persembahan peserta akan dikritik oleh pengkritik yang terdiri daripada Datuk AC Mizal, Saiful Apek dan Isma Aliff.

Bersiaran secara langsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada jam 10 malam, rancangan ini juga dibawakan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD.

Juara Raja Lawak 7 bakal membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai sebanyak RM100,000 dan naib juara pula akan membawa pulang RM50,000.

Untuk tempat ketiga pula, mereka bakal meraih hadiah wang tunai sebanyak RM30,000.

Rancangan lawak yang diminati ramai ini juga bakal menampilkan duo hebat, Johan dan Zizan sebagai pengacara.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers