Elfira, Zoey bercinta?

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Elfira, Zoey, Bercinta


NINA FARZUIN MD SHAROM
28 Jun 2013


Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Elfira, Zoey, Bercinta


DI sebalik pengakuan aktor Baim Wong bahawa dia menyukai pelakon bertubuh genit, Elfira Loy, 19, timbul pula desas desus yang mengatakan Elfira sebenarnya menjalinkan hubungan cinta dengan aktor, Zoey Rahman, 28.

Semuanya gara-gara beberapa keping gambar mesra yang dimuat naik Elfira menerusi laman sosial Instagram.

Bagaimanapun, kedua pelakon ini menafikan khabar angin tersebut dan mengakui hubungan mereka hanyalah sekadar teman biasa.

Jelas Elfira, beberapa keping gambar yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya itu dirakam ketika mereka sedang menjalani penggambaran drama terbarunya berjudul 'Demi Dia' arahan Aziz M Osman di Munich, Jerman, baru-baru ini.

"Saya tidak sangka perkara seperti ini boleh timbul. Kalau diikutkan setiap kali saya kenal dengan seseorang lelaki atau pun rapat dengan mana-mana hero dalam drama, pasti cerita seperti ini akan tersebar.

"Saya dan Zoey sudah lama berkawan. Kami memang rapat tambahan pula Zoey kenal dengan keluarga saya dan kami memang tidak akan bercinta sebabnya saya sudah anggap dia seperti abang saya sendiri. Kalau bercinta saya rasa macam 'sumbang mahram'," seloroh Elfira.

Memandang positif terhadap isu tersebut, Elfira berkata, ia sedikit sebanyak membantu dram lakonannya.

"Bagi saya bila orang fikir kami bercinta maknanya keserasian saya dan Zoey dalam drama tersebut menjadi.

"Memang pada awalnya kami agak bimbang kalau-kalau lakonan kami tidak mendapat keserasian. Tapi saya sedikit lega apabila khabar angin ini timbul," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Seindah Ramadan TV3, di Restoran Al Rawsha, kelmarin.

Selain Elfira dan Zoey, Demi Dia turut dibarisi pelakon Dynas Mokhtar, Erma Fatima Amar Baharin dan Usop Wilcha. Drama 24 episod ini akan mula ditayangkan menerusi slot Akasia mulai 3 Julai, jam 7 malam di TV3.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers