Pelakon terbabit kes dadah pukul jurugambar

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Pelakon, Terbabit, Kes, Dadah, Pukul, Jurugambar


WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Jun 2013

PELAKON lelaki yang ditahan sekali lagi membabitkan kes dadah dilaporkan bertindak kasar terhadap juru gambar bagi mengelak gambarnya dirakam, semalam.

Memetik laporan Utusan Online, anak kepada pelakon veteran ini mulanya dilihat cuba menutup wajah dan menghalang beberapa juru gambar daripada merakam gambarnya ketika keluar dari bilik mahkamah sebelum tiba-tiba bertukar agresif.

Dia menumbuk kepala seorang jurugambar sebuah syarikat akhbar dan turut menepis beberapa kamera juru gambar lain.

Ketika itu, dia sedang dibawa anggota polis di bangunan Mahkamah Majistret Ampang untuk mendapatkan perintah tahanan reman selepas dia ditahan, kelmarin.

Pelakon terbabit dikenakan tahanan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 akta sama.

Peguamnya, P G Cyril ketika ditemui berkata, pegawai penyiasat polis meminta pelokon terbabit direman kerana mereka memerlukan masa untuk menjalankan siasatan.

"(Dia) bersama tiga lelaki dan dua wanita telah ditahan dalam rumah salah seorang rakannya. Kami difahamkan dia ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Tetapi daripada apa yang dimaklumkan sendiri (pelakon itu), dia ke situ adalah untuk menguruskan satu dokumen pinjaman. Dokumen terbabit juga telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan," katanya.

Beliau berkata, polis memberitahu telah menjumpai 4.7 gram dadah dalam sebuah bilik, bagaimanapun tiada sebarang dadah ditemui pada badan pelakon itu dan rakan-rakannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman keenam-enam mereka.

Comments

  1. xabis2 lagi kes dia nie...igt kan ah insaf dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. is pun tak tahu, dah jadi artis tapi nak buat kerja yang menyalahi undang2, apa salah kalau berniaga benda yang halal? atas tiket artis barang boleh laku aper?

      Delete
  2. haah...ada kes lagi yer...hmm...kalau dah terlibat mmg susah nak berhenti..haraf2 pasni dia insaflah yer

    apa2 pun..ila klik TM Streamyx dan Dove untuk is

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm entah la nak kata apa pun tak tahu ila. terima kasih ila.

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers