Linkin Park kembali ke Malaysia

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Linkin Park, Kembali, Ke, Malaysia


WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Jun 2013

SELEPAS hampir sedekad mengadakan konsert di Malaysia, kumpulan metal, Linkin Park bakal kembali beraksi di sini sempena konsert jelajah dunia ‘Living Things’ yang bakal diadakan pada 19 Ogos depan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Konsert yang dijangka bermula pada jam 8 malam bakal membawakan kesemua anggota kumpulan ini iaitu vokalis utamanya, Chester Bennington, pemain dram dan percussionist, Rob Bourdon, gitaris, Brad Delson, pemain bass, Dave ‘Phoenix’ Farrell, Joe Hahn yang bertindak sebagai DJ serta vokalis kedua merangkap pemain keyboard dan juga gitaris, Mike Shinoda.

Kumpulan yang berasal dari California, Amerika Syarikat pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk anugerah platinum ini turut berjaya menjual album mereka lebih 50 juta unit di seluruh dunia dan menjadi kumpulan muzik terbesar di Facebook apabila berjaya mengumpul seramai 53 juta peminat.

Ketika melancarkan album pertama berjudul Hybrid Theory 13 tahun lalu, Linkin Park mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi artis pertama yang mempunyai 10 single yang berjaya mendaki carta popular stesen radio Alternatif di Amerika Syarikat.

Kini dengan terhasilnya album terbaru berjudul Living Things (Machine Shop Recordings /Warner Bros), Linkin Park sekali lagi membuktikan mereka lebih hebat daripada kumpulan lain abad ini, apabila album terbaru itu menduduki carta jualan nombor satu di lebih 20 buah negara.

Peminat di Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana band ini memilih Malaysia untuk mengadakan konsert sebagai salah satu rangka lawatan mereka di Asia Tenggara dan tidak akan ke Thailand, Singapura, dan Indonesia kerana kesuntukan masa.

Konsert Linkin Park Jelajah Dunia di Malaysia 2013 'Living Things' ini dibawakan oleh The Wonderland+ dan peminat band ini boleh mendapat tiket berharga RM95, RM195 dan RM295 dikategorikan sebagai tempat duduk bebas manakala untuk tempat berdiri bebas, tiket dijual dengan harga RM350 (Zon Playground), RM450 (Zon Rock), RM550 (The Pit) dan RM680 untuk kategori VIP.

Bagi mereka yang membeli lebih awal iaitu sepanjang tempoh pra jualan bermula 21 hingga 30 Jun depan, diskaun sebanyak 10 % akan diberikan kepada mereka.

Peminat yang berminat boleh melayari laman www.ticketcharge.com.my atau www.facebook.com/thewonderlandplus untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers