MSU, USM tandatangani MoU

SHAH ALAM: Management & Science University (MSU) Shah Alam buat julung kalinya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu Universiti Sains Malaysia (USM) di kampus itu di sini, semalam.

Presiden MSU, Profesor Datuk Dr Mohd Shukri Abdul Yajid berkata, sebagai permulaan MoU berkenaan akan membabitkan dua bidang iaitu pelancongan dan kearifan ilmu tempatan.

MSU, USM tandatangani MoU

Dr Mohd Shukri berkata, perjanjian bersama universiti yang dinobatkan sebagai Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) itu adalah satu peluang yang baik memandangkan kedua-dua institusi itu pernah bekerjasama kira-kira 15 tahun yang lalu dan berkongsi visi yang sama dalam sektor pendidikan negara.

“Kita pernah menjalinkan kerjasama yang sama pada 1997 dan ini adalah masanya untuk kita meneruskan usaha memacu pendidikan negara sebagai hub pendidikan di peringkat antarabangsa.


“Melalui kerjasama ini kita akan mendapat faedah bersama dalam lima aspek iaitu penyelidikan bersama, program latihan akademik, pertukaran kakitangan akademik dan bukan akademik, pertukaran pelajar serta pemindahan kredit,” katanya ketika menyampaikan ucapan di majlis berkenaan.


Dr Mohd Shukri berkata, perjanjian berkenaan akan tamat dalam tempoh lima tahun bagaimanapun berharap kerjasama antara dua IPT berkenaan akan berterusan demi perkembangan pendidikan negara.

Katanya, program pertukaran pelajar antara MSU dan USM akan bermula dalam jangka masa yang terdekat selewat-lewatnya tahun depan.


Dalam majlis berkenaan, beliau bersama Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Omar Osman saling bertukar tandatangan sebagai simbolik kepada perjanjian itu.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers