SHAH ALAM: Lebih 8,000 orang menyaksikan Konsert Gempak Santai Harian Metro (HM) di i-Walk i-City di sini, yang menampilkan kumpulan May, Bandi Amuk, Ezad Lazim, Haiza, Ezad Lazim dan Ainan Tasneem, malam kelmarin.
Konsert berkenaan sempena program Gempak Santai HM yang berlangsung kelmarin dan semalam di WaterWorld@i-City, di sini, iaitu program penutup Gempak Santai HM tahun ini yang sebelum ini diadakan di Sungai Petani, Kedah; Bukit Gambang, Kuantan dan Ayer Keroh, Melaka.
Hadir menyaksikan konsert dengan Azrul Raja Lawak selaku pengacara ialah Pengarang Kumpulan HM, Datuk Mustapa Omar dan Timbalannya, Abdul Ghafar Ismail. Persembahan bermula jam 9 malam dan berakhir tiga jam kemudian, dimulakan dengan aksi pengacara, Azrul Raja Lawak mencuit hati penonton dengan gelagatnya menyanyikan lagu Oppa Metro Style yang diubahsuai daripada lagu Gangnam Style.
Ezad Lazim iaitu bekas penyanyi Exists meneruskan persembahan dengan menyampaikan lagu ketika dia bersama kumpulan berkenaan, termasuk Jesnita dan Mengintai Dari Tirai Kamar.
Penonton kemudian dihiburkan dengan persembahan Lena AF, Ainan Tasneem, Haiza dan Bandi Amuk yang turut mempersembahkan lagu popularnya seperti Akar Dan Bumi dan Untukmu Sayang.
Kemunculan May selaku artis terakhir yang membuat persembahan memang ditunggu-tunggu penonton apabila sebahagian besar mula berasak-asak ke depan sebaik May muncul di atas pentas.
May yang memainkan muzik secara live, tidak mengecewakan dengan lagu-lagu popular mereka pada era 80-an, seperti Grafiti, Dari Kacamata, Sendiri dan Hakikat Perjuangan yang menghiburkan penonton.
Dalam pada itu, program Gempak Santai HM yang berakhir petang semalam dianggap antara yang paling meriah sejak ia bermula pada 2008 apabila semua 20,000 tiket yang diperuntukkan habis ditebus pembaca HM.

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.