KUALA LUMPUR: Mayat rakyat Malaysia, Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, dipercayai suspek pengebom yang ditembak mati di sebuah hotel di Davao, Filipina, oleh polis negara itu Jumaat lalu, akan dibawa pulang ke negara ini selepas siasatan pihak berkuasa negara berkenaan selesai.
Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Pengganas) Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya masih mengadakan perbincangan serta siasatan terperinci dengan kerajaan Filipina berhubung kejadian cubaan meletupkan bom buatan sendiri di bandar berkenaan.
Menurutnya, sebaik siasatan selesai, mayat Mohd Noor Fikrie akan dibawa pulang secepat mungkin untuk urusan pengebumian.
“Malah kita sudah memaklumkan perkara ini kepada keluarga Mohd Noor Fikrie yang berada di Melaka selepas kejadian.
“Kami masih menyiasat mengenai identiti lelaki ini melalui keluarganya,” katanya di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam waktu Filipina (8.40 malam waktu tempatan) Jumaat lalu, Mohd Noor Fikrie bersama isterinya, warga Filipina, Annabel Nieva Lee dikatakan mendaftar keluar dari hotel berkenaan apabila dihampiri polis.
Suspek dikatakan bergelut dengan polis yang mahu memeriksa beg sandang yang dibawa isterinya. Lelaki itu dipercayai ke bandar berkenaan bagi meletupkan bom yang diperbuat menggunakan mortar 60mm.
Difahamkan, Mohd Noor Fikrie yang berasal dari Kedah berdasarkan maklumat dalam pasportnya, berada di Filipina sejak beberapa bulan lalu dan menganggotai kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI).

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.