Alyah jawab serangan

KUALA LUMPUR: Pereka fesyen Rizman Nordin daripada Rizman Ruzaini Creations mendakwa penyanyi Alyah bersalah dalam isu rekaan busana ciptaan beliau dan rakannya, Hatta Dolmat tidak dipakai pada malam kemuncak Anugerah Planet Muzik 2012 (APM 2012) yang berlangsung di Singapura, Sabtu lalu.

“Semuanya salah Alyah. Dari awal dia tidak datang berbincang mengenai rekaan baju itu dan apabila siap pun, dia tidak datang mencubanya (fitting). Apabila tiba malam berlangsungnya anugerah itu, dia tidak memakai langsung baju rekaan kami,” kata Rizman ketika dihubungi semalam. “Alyah langsung tidak datang berbincang. Saya dapat ukuran bajunya pun menerusi kiriman SMS (khidmat pesanan ringkas) daripada pengurusnya, Hafiz.

“Sudah banyak kali saya telefon dan SMS minta Alyah datang ‘fitting’ tapi telefonnya tak dapat dihubungi. Saya mengirim pesanan menerusi Instagram, tapi sampai ke sudah Alyah tidak muncul sehinggalah Hafiz datang mengambil bajunya. “Alasan Hafiz, Alyah baru balik dari luar kawasan dan dia ada masa tiga jam saja bersiap-siap terbang ke Singapura bagi menghadiri APM12.

Alyah jawab serangan


“Sebenarnya apa yang berlaku masalah kecil saja. Alyah hanya perlu minta maaf dan berikan penjelasan. Kami cuma nak tahu kenapa dia tak pakai baju itu. Sepanjang Ahad lalu saya cuba menghubunginya, tapi tidak dapat. Tiba-tiba saya baca kenyataannya kepada media yang dia terasa maruahnya dipijak-pihak kerana saya kononnya memaki hamun di twitter,” kata Rizman.

Sementara itu, Alyah ketika dihubungi berkata, detik terindah beliau menang trofi yang diimpikan 12 tahun semuanya hilang dalam sekelip mata apabila maruahnya diaibkan dengan teruk oleh Rizman dan Hatta di laman twitter.

“Sebenar saya pergi ke butik Hatta membuat ‘fitting’ tapi dia pula tidak ada. Memang saya tidak sempat berjumpa Rizman kerana ketika itu terbabit dengan persembahan RTM di Sarawak dan bergegas ke APM12.

 “Jadi saya minta pengurus saya, Hafiz pergi mengambil baju itu. Apabila sampai di Singapura saya mendapati baju Rizman itu tidak berlengan dan baju Hatta pula ada masalah pada zip. Mahu tak mahu, terpaksalah saya pakai baju Amir Luqman yang asalnya disediakan untuk majlis ‘post-party’,” jelasnya.

Menurut Alyah, pada peringkat awal dia memang mahu memohon maaf dan berbincang secara baik dengan Rizman dan Hatta bagi menyelesaikan salah faham itu. “Maklumlah, kami pernah bekerjasama sebelum ini dan kedua-dua baju itu boleh diubah suai untuk dipakai pada majlis lain. Namun belum sempat saya minta maaf, saya dihentam dengan teruk di laman twitter,” katanya yang menafikan lupa diri.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers