Cair penampilan lembut

KUALA LUMPUR: “Orang kita, bila tengok penampilan lembut, guna istilah agama mudah terikut, apa lagi jika seseorang itu petah berkata-kata...Pasti mudah dipengaruhi,” kata Pegawai Psikologi Kanan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Perdana, Sulaiman Selamat, di sini, semalam.

Beliau mengulas auta seorang lelaki yang menyamar anak pengamal perubatan Islam terkenal, Datuk Dr Haron Din yang terbongkar selepas dicekup polis, malam Khamis lalu.

Sulaiman berkata, sesetengah individu menjual agama demi kepentingan ekonomi walaupun menyedari kesan di sebalik perlakuannya itu.

“Itu realiti hari ini...kerana mahukan keuntungan mudah dan cepat sanggup melakukan apa saja termasuk agama.

Cair penampilan lembut


“Orang dulu tak sampai ke tahap macam tu. Saya takut disebabkan ada orang macam ini menyebabkan mereka yang ikhlas terkena tempiasnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Sulaiman berkata, dia tidak menolak suspek yang terbabit kejadian itu mempunyai kemahiran sosial dan komunikasi tinggi berikutan mangsanya mempunyai kewangan yang kukuh.

“Kebijaksanaan dan penampilannya (suspek) menyebabkan mangsa mudah terpengaruh dan menerimanya tanpa usul periksa.


“Atau mungkin dari segi mangsa dia tiada pengalaman berdepan situasi macam itu menyebabkan mudah terpengaruh,” katanya. Beliau pada masa sama tidak menolak modus operandi seperti itu akan berlaku lagi dan akan ada mangsa yang terkena walaupun ia dibangkitkan semua pihak termasuk hebahan media.

Sehubungan itu, Sulaiman memberi beberapa tip kepada orang ramai apabila berhadapan situasi itu, antaranya perlu mempunyai pengetahuan asas sesuatu perkhidmatan, mengajak jiran atau rakan untuk bertanya soalan dan jangan menerima dengan mudah.


Sementara itu, Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (LKPJM), Profesor Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata, perkara itu berlaku disebabkan sikap taksub sesetengah pihak menyebabkan ia mudah diperangkap.


“Perkara sebegini pernah berlaku dan saya pasti ia terus berlaku.


“Justeru nasihat LKPJM supaya orang ramai khususnya wanita ‘menggunakan akal’ bagi mengelak daripada menjadi mangsa,” katanya.


Harian Metro kelmarin melaporkan kegiatan lelaki berusia 28 tahun itu terbongkar apabila dia ditahan di rumah seorang mangsanya di Seksyen 13, Shah Alam, dekat sini, selepas mangsa terbabit berpakat dengan polis.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers