Go-KL: Selesa dan percuma

KUALA LUMPUR: Sejak dilancarkan pada 31 Ogos lalu, bas henti-henti Go-KL mendapat sambutan menggalakkan di kalangan warga kota berikutan percuma selain memberi akses lebih mudah untuk sampai ke pelbagai destinasi di pusat bandar raya.

Perkhidmatan bas itu juga menggalakkan pelancong memasuki bandar raya ini dengan lebih mudah selain menikmati pelbagai tarikan pelancongan seperti tempat bersejarah, mercu tanda negara dan pusat beli-belah terkemuka.

Penumpang, Mohd Aminullah Farij Hasan, 32, berkata, perkhidmatan itu memudahkannya ke mana saja kerana bas berkenaan berhenti di kawasan tumpuan ramai.

“Perjalanan mengambil lima hingga sepuluh minit untuk setiap destinasi dan ia sangat mudah didapati. Hanya cari hentian yang mempunyai papan tanda bas Go-KL.

“Orang ramai bukan saja menjimatkan masa, malah tiada caj dikenakan. Ia sepatutnya diperluaskan lagi di sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Go-KL: Selesa dan percuma


Roslan Salleh, 44, pula berkata, dia tidak lagi perlu memandu dan menghadapi kesesakan di ibu kota, malah bas itu sangat selesa selain menyediakan pelbagai kemudahan untuk orang kelainan upaya (OKU) serta dilengkapi WiFi dan kamera litar tertutup.

“Apa yang penting, perkhidmatan ini perlu sentiasa dipantau supaya keadaan di dalam bas sentiasa bersih, tidak dirosakkan dan dijaga dengan baik. Ini kerana, ia bukan saja dinaiki masyarakat Malaysia, tetapi menjadi pengangkutan utama pelancong,” katanya.


Penumpang yang pertama kali menggunakan perkhidmatan ini, Sazalima Mustofa, 34, berpendapat perkhidmatan itu perlu diperluaskan kerana memudahkan pelancong selain orang ramai untuk ke sekitar bandar raya tanpa perlu membawa kenderaan sendiri.

“Pelancong lebih gemar menggunakan perkhidmatan bas ini yang nyata menjadi alternatif terbaik bagi mereka. “Walaupun pertama kali menaiki bas ini, saya begitu selesa dan akan menggunakannya untuk ke kawasan padat.


“Perkhidmatan bas Go-KL terbaik dan saya amat memuji langkah kerajaan mewujudkan perkhidmatan ini kerana dapat mengurangkan kesesakan di kawasan padat di ibu kota,” katanya.


Sementara itu, pemandu bas Go-KL, Mohd Rashid Mahmud, 43, berkata, perkhidmatan itu boleh mengurangkan jumlah kereta yang memasuki pusat bandar raya pada waktu puncak.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers