Pasal Dadah, Zarina Anjoulie Akan Disingkir Dari Industri!


Pasal, Dadah, Zarina Anjoulie, Akan, Disingkir, Dari, Industri, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 4 JAN 2013: Kata orang berani buat, beranilah tanggung! Sudahlah berdepan dengan tuduhan memiliki dadah, pelakon dan model kontroversi Zarina Anjoulie berkemungkinan dilucut keahlian sebagai ahli Persatuan Seniman serta 'dibuang' daripada industri.

Presiden Seniman, Zed Zaidi ketika dihubungi murai.com.my berkata, dalam kes Zarina ini, keahlian pelakon Anak Pontianak itu sebagai ahli persatuan akan digantung buat sementara waktu.

"Persatuan, menggantung keahlian Zarina kerana mahkamah masih belum membuat keputusan dan kes ini masih lagi dalam siasatan pihak polis. Tetapi...kami tidak akan teragak-agak untuk singkirkan dia dari industri jika dia disabitkan kesalahan. Apa-apa pun kita tunggu keputusan mahkamah," katanya kepada murai.com.my.

Tambah Zed lagi, Persatuan Seniman memandang serius perkara ini dan mana-mana artis yang terlibat dengan kes seperti ini akan digantung akan dipecat daripada persatuan bagi menjaga imej artis.

"Jangan kata persatuan kejam kerana kita tidak mahu artis terlibat dalam kontroversi mencemarkan nama baik artis lain serta memalukan nama persatuan dan industri hiburan tanah air. Artis yang telah dilucutkan keahlian tidak akan dibenarkan lagi untuk berlakon," katanya tegas.

Menurut Zed, artis yang telah dipecat Seniman secara automatik akan dibuang daripada senarai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan mana-mana produksi yang mengambil artis 'bermasalah' dan telah dilucut keahlian berlakon, tindakan tegas akan diambil.

"Ini adalah syarat yang tertakluk dalam Padu Citra yang mewajibkan pelakon menyertai persatuan yang diiktiraf Finas...Jika masih ada produksi yang berdegil dan mengambilnya berlakon, kita boleh ambil tindakan," katanya.

Sementara itu, Zed turut meluahkan rasa kesalnya mengenai masalah penyalahgunaan dadah di kalangan selebriti.

"Sebagai Ahli Jawatan Kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Dang Wangi Wilayah Persekutuan, saya risau apabila memikirkan tentang perkara ini. Artis yang selalu menjadi tumpuan masyarakat tidak sepatutnya terlibat dengan gejala negatif sebegini.

"Bagaimanapun, kita akan bekerjasama dengan AADK dan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk mengadakan kursus kepada artis dalam masa terdekat, bagi mengingatkan tentang bahaya dadah kepada kehidupan sertakarier mereka," katanya.

***iskandarX: Ala baru kena kes satu dah nak gugur2 dah dia dari Industri, artis lain pun ada gak sangkut dengan Dadah nie cuma belum kantoi aja, artis bukan tok wali suci dalam debu, Maksum Macam Nabi dan Rasul terpeliharan dari dosa2 besar mahupun dosa2 kecil mau dok ingat.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers