Zaiton Mohd Jiwa: Adam dan Hawa Cabar Saya!


Zaiton Mohd Jiwa, Adam dan Hawa, Cabar, Saya, Artis Malaysia, Drama, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 10 JAN 2013: "Ya...Kak Ton memang rasa tercabar dengan drama bersiri Adam dan Hawa. Fenomena luar biasa yang dicetuskan drama bersiri ini buat Kak Ton rasa berdebar untuk terbitkan drama lain,"kata produser Global Station Sdn Bhd, Datin Zaiton Mohd Jiwa yang juga penerbit drama bersiri popular Adam dan Hawa ketika diminta mengulas tentang drama adaptasi tersebut yang mendapat sambutan luar biasa daripada para penonton.

Datin Zaiton atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ton ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, beliau berdebar apabila dapat tahu mengenai rating yang dicatat drama bersiri adaptasi novel itu kerana bukan senang untuk mencapai kejayaan sama di masa akan datang.

"Untuk 'next project', Kak Ton kena lebih teliti dan akan berusaha untuk terbitkan drama-drama yang berkualiti. Kalau boleh, nak kekalkan rating yang baik macam Adam dan Hawa.

"Terima kasih kepada semua penonton yang setia menonton Adam dan Hawa dari episod 1 hingga sekarang kerana bagi Kak Ton tanpa penonton-penonton setia, kejayaan seperti hari ini mungkin sukar untuk dicapai," katanya kepada murai.com.my.

Kak Ton turut mengakui, kerjasama yang baik dari penulis novel Aisya Sofea dan pasukan produksi turut membantu menaikkan Adam dan Hawa.

"Novel Adam dan Hawa itu sendiri dah 'hot' dan penulisnya pula sangat senang memberi kerjasama, jadi memang tak ada masalah. Tambah lagi, Kak Ton ada Feroz dan 'team'nya yang bagus ketika menjalankan tugas...itu pun satu bonus.

"Alhamdulillah, Kak Ton rasa rezeki dan tuah Kak Ton adalah pada Adam dan Hawa. Terima kasih kepada semua. Semoga kejayaan yang sama berulang untuk drama-drama lain terbitan Global Station," katanya lagi.

Sebelum mengakhiri perbualan, Kak Ton sempat berpesan kepada penonton-penonton setia Adam dan Hawa untuk menonton episod ke 80 (episod akhir), jam 10 malam ini, di Astro Mustika HD, saluran 134.

Jika terlepas untuk menonton episod terdahulu Adam dan Hawa, anda boleh layari www.astrogempak.com.my/adamdanhawa.aspx

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers