Skop, Excellent Bergabung Demi Gangster Celop


Skop, Excellent, Bergabung, Demi, Gangster Celop, Artis Malaysia, Hiburan, Filem Malaysia, Malaysia


KUALA LUMPUR, 15 JAN 2012: Dalam keadaan pasaran filem tempatan yang agak suram kebelakangan ini, masih ada filem yang mampu memecah rekod kutipan tertinggi tempatan dan di antaranya ialah Bohsia; Jalan Kembali, terbitan Skop Productions yang mencatatkan kutipan sebanyak RM 4.98 juta.

Begitu juga dengan filem terbitan Excellent Pictures iaitu Mael Lambong, lakonan Zizan Razak dan arahan Ahmad Idham yang telah mencecah kutipan antara tertinggi sebanyak RM 4.88 juta.

Berdasarkan rekod ini, satu kerjasama di antara Skop Productions dengan Excellent Pictures iaitu dua syarikat penerbitan 100 peratus bumiputera, telah terjalin dalam membentuk satu sinergi untuk menjadi pemangkin industri perfileman tempatan yang agak perlahan, kini.

Oleh itu, melalui gabungan ini, Gangster Celop, hasil dari kerjasama Skop Productions dan Excellent Pictures bakal menetapkan satu tanda aras buat industri perfileman tempatan apabila ditayangkan hampir 70 panggung di seluruh di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 21 Februari 2013.

Filem yang dibintangi oleh Syamsul Yusof serta Kamal Adli yang menelan belanja sekitar RM 1.7 juta ini telah menjalani pengambaran sekitar Kuala Lumpur dan ia turut memperkenalkan bintang baru iaitu Hanis Zalikha.

Menurut Dato Yusof Haslam, selaku penerbit bersama berkata, kerjasama ini merupakan satu sinergi yang mampu memberi perangsang kepada kedua-dua buah syarikat, khasnya juga industri perfileman, amnya.

"Melalui kerjasama dalam menghasilkan filem ini (Gangster Celop), kedua-dua syarikat mampu meneroka 'forte' yang ada, dan melalui perkongsian ini, kita mencari formula terbaik, seterusnya menghasilkan sebuah karya yang mampu menarik perhatian penonton ke panggung," ujar Dato Yusof ketika diminta mengulas mengenai kerjasama ini.

Bagi pengarah dan penerbit bersama, Ahmad Idham Ahmad Nadzri pula menjelaskan, melalui kerjasama ini, ianya membuka ruang kreatif yang lebih luas serta penghasilkan sebuah karya yang lebih segar.

"Kreativiti merupakan aspek penting dalam sesebuah karya. Ini merupakan satu kelebihan buat saya, dari sudut pengarahan juga menghasilkan karya yang menarik. Ini merupakan faktor utama tarikan penonton ke pawagam, terutama dalam keadaan pasaran yang tidak menentu."

"Dalam masa yang sama, kerjasama yang dijalinkan juga, membuktikan persepakatan dan persefahaman di antara pembikin filem bumiputera yang mampu menonjolkan kehadiran sebagai pemain utama dalam industri perfileman tempatan," tambah Idham lagi.

Dengan barisan pelakon ternama masa kini iaitu Syamsul Yusof, Hanis Zalikha dan Kamal Adli, Gangster Celop yang dihasilkan melalui sinergi di antara Skop Productions dan Excellent Pictures, ia diharap mampu mencetus fenomena baru buat industri perfileman tempatan.

Laman Peminat: www.facebook.com/FilemGangsterCelop
Trailer : https://www.youtube.com/user/MyExcellentPictures?feature=mhee

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers