Foto-Foto Malam Kemuncak AJL 27


Foto-Foto, Malam, Kemuncak, AJL 27, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 7 JAN 2013: Tahniah diucapkan kepada Yuna selaku pencipta lagu Terukir Di Bintang yang meraih gelaran Juara Lagu di malam Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27). Meskipun tidak beraksi dan digantikan Aizat pada malam pertandingan tersebut, nyata tuah masih memihak kepada Yuna yang kini berada di Amerika Syarikat untuk projek album terbarunya di bawah tunjuk ajar penerbit muzik tersohor, David Foster.

Naib juara dimenangi lagu Idola ciptaan Audi Mok yang dipersembahkan Azlan & The Typewritter manakala Ku Akui ciptaan Ajai hasil nyanyian Hafiz meraih tempat ketiga. Hafiz juga mencatat sejarah tersendiri apabila mencipta hatrick dalam meraih anugerah Vokal Terbaik di AJL buat kali ketiga berturut-turut.

Sementara itu, gandingan Black dan RJ menerusi Lagu Teman Pengganti dipilih penonton menerusi undian SMS untuk meraih anugerah Persembahan Terbaik pada malam tersebut.

Selain itu banyak perkara lain boleh diperkatakan mengenai malam AJL 27. Antaranya penampilan khas aktor Aaron Aziz yang mendukung Adira sewaktu persembahan lagu Ombak Rindu, imej bermisai dan memegang secawan kopi oleh Aizat, penampilan istimewa Marsha Milan Londoh dalam persembahan bertemakan era Victorian oleh Mojo serta entourage meriah oleh Amir Jahari untuk lagu Tanpamu.

Semuanya menambahkan keunikan tersendiri untuk malam juara lagu tersebut.

Istimewa untuk pembaca-pembaca Murai, berikut adalah sebahagian dari foto persembahan dan pemenang untuk AJL 27 yang sempat dirakamkan jurufoto Murai.





















Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers