Guna Gambar Untuk Poster, IB Mohon Maaf Pada Anuar Zain


Guna, Gambar, Untuk, Poster, IB, Mohon, Maaf, Pada, Anuar Zain, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 9 JAN 2012: Pihak Istana Budaya mengakui kesilapan menggunakan foto penyanyi Anuar Zain tanpa persetujuannya di dalam poster Konsert Budi yang akan berlangsung pada 29 hingga 31 Januari ini.

Malah, Pengarah Istana Budaya, Dato' Mohamed Juhairi Shaarani berkata,pihaknya telah pun meminta maaf kepada pihak pengurusan penyanyi berkenaan, semalam.

"Sebenarnya ia merupakan kesilapan yang tidak disengajakan. Memang kami menggunakan poster itu semasa hari pelancaran program Istana Budaya baru-baru ini, tetapi ia hanya sebagai sampel atau gambaran kepada tetamu dan media yang hadir ke majlis itu.

"Poster itu adalah perancangan kami pada tahun lalu kerana kami memang mahukan nama-nama besar beraksi di Konsert Budi ini tetapi kebanyakan daripada mereka tidak dapat melakukannya.

"Oleh itu, kami telah pun memaklumkan serta meminta maaf kepada pihak pengurusan Anuar Zain semalam supaya mereka jelas di atas salah faham ini. Malah dalam minggu ini juga, kami akan menghantar surat rasmi sebagai tanda minta maaf kami kepada Anuar Zain," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Konsert bersama kumpulan Orkestra Tradisional Malaysia itu hanya akan menampilkan penyanyi seperti Hafiz Suip, Stacy , Black, Jamal Abdlilah, Jimmy Palikat, Suki dan seorang penyanyi berbangsa India.

Sementara itu, terdapat pihak yang berpendapat tindakan Istana Budaya itu juga dilihat seperti mahu meraih publisiti dengan mudah untuk konsert tersebut Namun, Juhari menjelaskan tiada tujuan untuk meraih publisiti kerana Konsert Budi itu diadakan secara percuma dan bukan seperti konsert komersial yang lain.

"Tiada niat untuk kami mencari publisiti kerana tiada bayaran dikenakan kepada sesiapa yang mahu menonton konsert ini. Ianya percuma kerana ia sebagai tanda terima kasih Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan terhadap pihak yang menyokong program-program kementerian selama ini," jelasnya lagi.

Menurut Juhari lagi, selepas ini pihak Istana Budaya akan lebih berhati-hati dalam menonjolkan mana-mana artis di dalam programnya kepada umum sebelum mendapat persetujuan.

"Pihak kami akan lebih berhati-hati selepas ini dalam menonjolkan mana-mana artis dalam program kami sebelum mendapat persetujuan daripada artis tersebut," tambahnya lagi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers