Family Tak Ikat Jamin, Zarina Anjoulie Kena Masuk Jel


Family Tak Ikat Jamin, Zarina Anjoulie Kena Masuk Jel, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 3 JANUARI 2013: Setelah beberapa hari muka hadapan akhbar tempatan menyiarkan kes pelakon Anak Pontianak, Zarina Anjoulie Lavocah yang ditangkap bersama teman lelakinya Mohamad Fakhruzaim kerana tuduhan memiliki dadah, kini dia terpaksa dihantar ke Penjara Kajang kerana tidak diikat jamin oleh keluarganya.

Menurut laporan Harian Metro, pelakon berusia 27 tahun ini terpaksa dihantar ke penjara Kajang kerana tiada sesiapa waris daripada keluarganya yang mahu menjaminnya. Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka berdua di Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam.

Aktres dan rakan lelakinya itu mengaku tidak bersalah memiliki dua pil Eramin 5 seberat 0.6gram ketika pertuduhan tersebut dibacakan oleh Majistret Nazri Omran. Mereka berdua boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau dendan RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, seorang teman kepada Zarina yang mengaku sebagai pemilik kepada kondo tempat mereka berdua ditahan iaitu Armanee Condominium, Damansara Damai telah tampil untuk menjamin aktres kontroversi tersebut namun tidak dibenarkan kerana hanya ahli keluarga sahaja yang boleh berbuat demikian.

Sehingga jam 4 petang semalam, tiada ahli keluarga aktres itu tampil menjaminnya dan dia telah dibawa ke kompleks penjara Kajang dan diberikan masa sehingga sebutan semula kes ini pada 8 Februari.

Manakala Mohamad Fakhruzaim telah diikat jamin oleh abangnya dan telah dibenarkan pulang. Kedua mereka pada mulanya harus diikat jamin sebanyak RM6,000 tetapi telah dikurangkan kepada RM2,000 kerana mereka masih belajar di kolej swasta.

Comments

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers