Penganjur AJL 27 Tak Mahu Ulas Pasal Isu Gugur Uji Rashid


Penganjur, AJL 27, Tak, Mahu, Ulas, Pasal, Isu, Gugur, Uji Rashid, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 4 JAN 2013: Pertukaran Uji Rashid kepada Aizat pada saat-saat akhir untuk menggantikan tempat Yuna menerusi lagu Terukir Di Bintang di dalam Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) yang bakal berlangsung di stadium Putra, Bukit Jalil pada Ahad ini telah menimbulkan banyak tanda-tanya serta spekulasi.

Lebih-lebih lagi apabila tiada sebarang kenyataan dibuat oleh pihak penganjur berhubung pertukaran ini, padahal Uji Rashid telah pun hadir menjalani latihan serta membuat persiapan awal bagi membawakan lagu tersebut.

Malah, pemilihan Uji Rashid adalah berdasarkan kepada kehendak Yuna sendiri yang mahukan penyanyi 70-an itu membawakan lagu ciptaan dan nyanyianya itu di pentas AJL 27.

Sekalipun sedar pemilihan ke atas Uji Rashid itu bakal berdepan dengan risiko serta mengundang kontroversi, namun Yuna dikatakan masih tetap tidak berganjak dengan keputusannya untuk memilih penyanyi lagenda berkenaan.

Namun secara tiba-tiba, pihak penganjur telah menghantar kenyataan akhbar rasmi kepada semua pihak media pada malam semalam untuk memaklumkan bahawa penyanyi yang bakal menggantikan tempat Yuna adalah Aizat dan nama Uji Rashid sebagai pemilihan awal langsung tidak disebut.

Untuk mendapatkan makluman lanjut, portal murai.com.my telah pun menghubungi orang kuat produksi AJL 27, Khatijah Mohamed atau Kak Kelly. Pun begitu Kak Kelly enggan mengulas.

Katanya: "I'm not the right person to give the comment".

Dia juga turut menyarankan agar berhubung sendiri dengan wakil pihak komunikasi korporat atau penjenamaan di TV3.

Menerusi sms yang dihantar oleh salah seorang wakil pihak komunikasi korporat atau penjenamaan di TV3, pihak penganjur tidak mahu mengeluarkan sebarang info mengenai perkara ini.

"Jawapan yang sama ini jugalah yang kami berikan kepada media lain yang membuat follow up story mengenai hal ini sejak semalam. Produser dan semua krew sedang sibuk fokus dengan AJL 27. Minta Maaf, harap faham," katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers