Teks oleh Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 14 JAN 2013: Demi menjaga suami tercinta yang masih terlantar sakit, penyanyi popular, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin mengesahkan dia akan berehat daripada melakukan sebarang aktiviti seni sehingga Mac ini.
Siti Nurhaliza berkata suaminya, Dato` Seri Khalid Mohd Jiwa atau Dato` K kini memerlukan perhatian penuh untuk menjalani beberapa rawatan termasuk fisioterapi.
"Alhamdulillah suami saya semakin bersemangat dan banyak perkembangan positif yang dapat dilihat ke atas kesihatan dirinya. Saya bersyukur kerana masih dapat bersama suami. Terima kasih juga kerana ramai yang mendoakan kesihatan suami saya.
"Buat masa ini saya perlu menjaganya dan menemaninya yang akan menjalani fisioterapi tangannya. Doktor memberitahu jangka masa untuk dia pulih sepenuhnya memakan masa iaitu lebih kurang tiga hingga empat bulan lagi.
"Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk berehat juga daripada melakukan sebarang aktiviti seni bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada suami saya sekurang-kurangnya sehingga Mac ini," jelasnya ringkas.
Siti Nurhaliza ditemui murai.com.my di majlis resepsi ketiga penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dan Leuniey di Hotel Royale Damansara, malam semalam.
Pada majlis yang berkonsepkan English itu, Siti telah menyumbangkan sebuah lagu untuk kedua-dua mempelai yang berjudul Kenangan Terindah dendangan band muzik, Samsons.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.