Tonton Finale Adam dan Hawa Malam Ini Di Mustika HD


Tonton, Finale, Adam dan Hawa, Malam, Ini, Di, Mustika HD, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 10 JAN 2013: Setelah bersiaran selama lebih 5 bulan dengan 79 episod, kini drama bersiri popular Adam & Hawa akan sampai ke penghujungnya dengan penayangan episod akhir malam ini bermula jam 10 malam.

Buat peminat dan penonton setia Adam & Hawa, inilah detik yang ditunggu-tunggu untuk mengetahui kesudahan kisah cinta Adam Mukhriz dan Ain Hawani. Pada masa yang sama, penonton mungkin seakan berat hati apabila akan berpisah dengan watak-watak yang telah menemani mereka sepanjang 5 bulan yang lalu.

Drama Adam & Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa nyata telah memberikan impaknya tersendiri sepanjang penayangannya di Astro Mustika HD (saluran 134). Merupakan drama bersiri 80 episod yang diadaptasi daripada novel cinta terlaris hasil nukilan penulis Aisha Sofea, siri ini berkisarkan tentang sebuah kisah cinta yang cukup menyayat hati antara pasangan Adam dan Ain yang melalui pelbagai detik-detik sukar sebelum jiwa mereka benar-benar bersatu.

Selain Aaron Aziz & Nadia Nisaa, turut menjayakan drama ini termasuklah barisan pelakon baru dan lama seperti Anzalna Nasir, Elfaeza Ul Haq (Azie), Dazrin Kamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Amyza Adnan (Cikgu Zawyah), Aznah Hamid (Maria) dan Rozie Rashid (Kak Zah).

Episod finale yang merupakan episod ke-80 akan ke udara malam ini. Apakah kesudahan kisah cinta Adam dan Ain? Adakah kebahagiaan yang menanti atau kekecewaan akan menghantui kedua-dua pihak? Saksikannya malam ini.

Buat anda yang tidak melanggan Astro Mustika bagaimanapun masih boleh menonton melalui laman web www.astrogempak.com.my/adamdahawa.aspx

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers