Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto ihsan TV3
KUALA LUMPUR, 9 JANUARI 2013: Bagi mencari lebih banyak pelapis baru dalam bakat komedi dan nyanyian secara serentak, TV3 menerbitkan sebuah program realiti berjudul Bintang Mencari Bintang yang akan memulakan penjelajahan uji bakatnya pada 19 Januari ini seluruh Malaysia.
Berbeza dengan program realiti komedi yang lain, Bintang Mencari Bintang menampilkan barisan sifu atau tenaga pengajar daripada penghibur yang cukup berpengalaman seperti Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Kumpulan Senario (Wahid, Mazlan, Azlee), Raja Azura, Sabri Yunus dan Zizan.
Penerbit Eksekutif Bintang Mencari Bintang, Muhamad Sufian Isa berkata, progam itu bakal memperlihatkan kewibawaan barisan sifu terkenal tanah air dalam menggilap bakat baru berdasarkan bakat sketsa komedi dan nyanyian.
"Setelah rundingan dilakukan, enam sifu telah terpilih berdasarkan kualiti yang dimiliki iaitu mempunyai pengalaman luas di dalam bidang sketsa komedi dan nyanyian serta berkaliber sebagai tenaga pengajar.
"Peranan mereka ialah untuk memberikan tunjuk ajar kepada peserta berkaitan bidang seni persembahan, sketsa komedi, nyanyian dan memperlengkapkan diri sebagai penghibur," katanya dalam siding media Bintang Mencari Bintang di Sri Pentas, petang semalam.
Setiap seorang Sifu akan mempunyai dua orang peserta iaitu seorang peserta dari kumpulan A dan seorang peserta dari kumpulan B. Setiap pasangan Sifu dan peserta akan bersaing antara satu sama lain mengikut kumpulan untuk merangkul gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM200,000 berserta trofi.
Bercakap mengenai program tersebut, Supian memberitahu program ini menjanjikan kelainan dan tidak sama dengan program realiti komedi yang sedia ada kerana ianya cetusan daripada program Sinaran Pasport Kegemilangan.
"Terus-terang ini bukan benda baru yang pernah dihasilkan oleh TV3 di mana sebelum ini kami pernah menerbitkan program Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1994 di mana kami mencari bakat yang boleh bersketsa komedi dan juga menyanyi.
"Dalam Sinaran Pasport Kegemilangan, kami telah melahirkan ramai pelawak dan penghibur terkenal seperti Senario, Shamsul Ghau Ghau, Saiful Apek dan ramai lagi.
"Jika hendak diikutkan, sudah lama kami merancang perkara ini dan baru kini kami rasakan ini adalah masa yang sesuai untuk pihak kami mencari bakat baru bagi diserapkan dalam program-program untuk empat stesen di bawah Media Prima Berhad.
"Bagi sesi pencarian peserta bintang ini, sesi uji bakat akan diadakan di enam lokasi terkemuka. Peserta yang berminat untuk menyertai uji bakat Bintang Mencari Bintang dinasihatkan membuat persiapan rapi supaya lebih bersedia semasa menjalani uji bakat. Di samping itu, peserta juga diingatkan agar tidak meniru gaya persembahan atau cara nyanyian Sifu idola masing-masing
"Selain itu program Bintang Mencari Bintang juga mengadakan segmen khas iaitu bakat luar biasa di mana peserta yang mempunyai bakat yang unik dan luar biasa boleh turut sama hadir ke lokasi sesi uji bakat untuk menyertai segmen ini," jelasnya lagi.
Untuk sesi uji bakat, Bakat Mencari Bintang membawa khidmat dua nama besar dalam industri seni tanah air iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dan Ajai sebagai juri untuk memilih para peserta yang berkelayakan ke pusingan seterusnya di mana pusingan tersebut akan dinilai oleh keenam-enam Sifu untuk memilih anak didik mereka.
Peserta yang layak memasuki gelanggang Bintang Mencari Bintang harus menepati kriteria yang dicari iaitu berusia antara 18 hingga 28 tahun, lelaki ataupun perempuan, solo atau berkumpulan tidak melebihi 2 orang, dan warganegara Malaysia yang memiliki bakat sketsa komedi dan boleh menyanyi.
Peserta yang menghadiri uji bakat perlu membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport dan 4R serta membawa minus one lagu-lagu yang bakal dipersembahkan untuk penilaian juri.
Berikut merupakan tarikh dan lokasi ujibakakt Bintang Mencari Bintang:
19 & 20 Januari 2013 AEON Seberang Prai City, Pulau Pinang
26 & 27 Januari 2013 Centrepoint Kota Kinabalu, Sabah
2 & 3 Februari 2013 Boulevard Kuching, Sarawak
8 & 9 Februari 2013 Kota Bharu Trade Centre, Kelantan
16 & 17 Februari 2013 Plaza Angsana, Johor Bahru
23 & 24 Februari 2013 AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.